Pada mulanya ingin mendapatkan Laney Ironheart IRT15H, walaupun ia menang dari segi watt, tetapi ia hanya memiliki satu channel berbanding dua pada HT-5RH.
Suatu ketika dahulu, aku pernah terGAS model HT-1R. Percaya atau tidak dengan tawaran gila-gila tadi, harga HT-5RH ini lebih kurang sama dengan harga runcit HT-1R, lebih kurang 40-45% diskaun tu! Itupun berbekalkan dana-dana hasil
Kabinet? Sekarang aku gunakan Vox V110NT (16 ohm, 30 watt), mungkin kalau ada dana-dana tambahan gali-lobang-tutup-lobang lagi, aku akan cuba dapatkan kabinet Blackstar HT-112 yang juga ditawarkan pada harga gila-gila.
Selain ada EFFECTS LOOP, satu lagi ciri utama yang berguna ialah EMULATED OUTPUT & HEADPHONES. Dengan simulasi kabinet 1x12 dan 4x12, ia sesuai digunakan bersama-sama headphone untuk praktis tengah malam pada STANDBY mode (headphone on, cabinet off). Selain itu output ini juga boleh disambung terus kepada mixer/PA system (or recorder) tanpa perlu menggunakan DI box.
Aku tak pernah guna amp Marshall selain Valvestate dan MG series, tetapi bunyi HT-5RH ni lebih kurang sama macam bunyi modelling MS Drive pada MS-50G dan Brit J-800 pada Pod HD300, dengan kata lain Marshall-ique British sound.
Akan dicuba pada kapasiti optimum semasa jamming Hepi;) nanti, kalau rajin aku rakam la...
_____
Ada apa: Masuk kem Blackstar.
2 komen:
aku penah nampak iklan dlm metal hammer pemain gitar Dimmu Borgir (nama dia dah lupa)endorse BlackStar ni
silenoz tu... dia guna series one, bkn HT
Post a Comment