Sebenarnya ia tidak dibeli, sebaliknya diperolehi melalui proses pertukaran (trade) dengan Pitchblack Poly aku, satu pertukaran yang amat berbaloi. Walaupun terpakai tapi masih nampak baru (9/10) dan seperti tidak pernah dipijak (dengan kasut). Pemilik sebelum ini ingin melepaskannya kerana tidak berkenan dengan bunyinya.
Bentuknya seakan-akan sama dengan siri Digitech biasa (contohnya Death Metal), tetapi ia lebih besar, berat dan tegap, sesuai dengan taraf "boutique" pedal ini. Tombol-tombolnya pun tegap, terasa seperti memulas tombol-tombol mesin hi-fi 80an.
Apa yang menarik mengenai pedal ini, ia memiliki dua mode; CRUNCH dan SATURATED. Dalam mode CRUNCH bunyinya lebih kepada ciri-ciri overdrive, manakala dalam mode SATURATED pula bunyi distortion agak classic seakan-akan Boss DS-1 (mojo warna oren?) dengan mid yang agak scooped.
Pedal ini mengingatkan aku kepada pedal Marshall JH-1 The Jackhammer yang pernah dimiliki suatu ketika dahulu yang juga memiliki dua mode.
Cara mengakses ruangan bateri pun sama seperti Death Metal, buka kunci spring dari tepi (Behringer style, or is it the other way?). Tapi, mana bateri? Ciput la hang tak bagi bateri... Aksesori tambahan seperti stomplock, velcro pad dan glow-in-dark sticker rasanya tak perlulah diceritakan.
Demo cilok Soundcloud Hardwire Pedals, aku tak reti buat demo, temberang je lebih...
Sebenarnya aku sudahpun ada pedal distortion yang dalam julat bunyi hard rock sebegini iaitu Boss DS-1 dan Vox Satchurator, mungkin juga aku TERtarik dengan status "boutique" pedal ni. Tapi tak mengapa (parap-parap) aku tak rugi apa-apa sebab ia antara pedal yang berbaloi. Kalau ikutkan nilai, SC-2 ni dua kali ganda lebih mahal daripada Pitchblack Poly.
Kelebihan distortion sebegini akan terserlah pada bunyi/volume yang tinggi. Akan dipandu-uji semasa sessi jamming hujung minggu nanti, jika cemerlang mungkin ia akan menggantikan DS-1 sebagai pedal distortion utama aku. Paling cikai pun boleh dijadikan front-end booster guna mode CRUNCH menggantikan East River Drive (yang dah dijual).
_____
Ada apa: Reda sedikit GAS Blackstar LT Dual.
2 komen:
lagi kau puasa tu ini, lagi banyak godaan datang
haha
deaf, kes ni boleh kira "dimaafkan" la sebab guna sistem barter (trade/swap) dengan pedal lain... bukannya beli direct
Post a Comment