Album kali ni agak berbeza berbanding album-album sebelumnya. Ia berlabel Parlophone dan bukannya EMI lagi. Sebab itu (setakat ini) belum ada lagi versi cetakan Malaysia menyebabkan ia agak sukar diperolehi. Yang ada hanyalah versi deluxe diimport oleh Warner Music, itupun selalu sold-out.
Nasib baiklah Radin Music Centre (Batu Pahat) ada memesan batch kedua, dapatlah aku menyelit, hehehe... Diperolehi dengan harga RM59 (excluding post), kira masih logik dan mampu milik untuk versi deluxe berbanding sesetengah premis yang aku dengar mencecah harga RM80-100! Nanti kalau dah ada versi cetakan Malaysia beli lagi, apa susah? :)
Kalau nak ulas setiap lagu pun rasanya tak perlulah, rakan-rakan bloggers lain dah buat ulasan yang lebih terperinci, boleh singgah dan baca versi Deaf Di Halaman Rindu dan Rafi Xyrus.
Ada beberapa perkara yang aku perasan (setakat ini, akan ditambah lagi kelak) agak berbeza/unik untuk album kali ni, antaranya:
- Seperti perenggan kedua tadi, under Parlophone instead of EMI (dah habis kontrak kot?).
- Pakcik-pakcik ni sengaja atau buang tebiat buat lagu panjang-panjang? Hahaha... Tapi lepas baca segala ulasan dan temuramah, nampaknya mereka sebenarnya TERlajak...
- Cover art yang ringkas berbanding 15 album sebelumnya. I like!
- Lagu If Eternity Should Fail dimainkan pada talaan drop-D, suatu yang agak janggal untuk lagu-lagu Maiden yang biasanya pada talaan standard. Tapi selepas membaca komen Deaf dalam entri Rafi, tak hairanlah sebab Bruce Dickinson memang suka lagu-lagu dalam talaan drop-D untuk album solonya.
- Ada tiga lagu yang tajuknya (tajuk sahaja) seakan-akan tajuk lagu Bruce Dickinson solo - The Book Of Souls (Book Of Thel), The Man Of Sorrows (Man Of Sorrows) dan Tears Of A Clown (Tears Of The Dragon). Macam kes lagu The Alchemist dan The Wicker Man sebelum ini.
- Bruce Dickinson main piano untuk lagu Empire Of The Clouds, sebelum ini kalau bab-bab synth/keyboards biasanya dimainkan oleh Michael Kenney (yang juga merupakan bass-tech Steve Harris).
- Sekali imbas, grafik pada disc 1 dan disc 2 hampir serupa (isu dibangkitkan oleh Portdy), tapi kalau dibandingkan ada beberapa perbezaan - yang aku perasan, disc 2 ada imej Red Baron dan R101.
Tapi jika disuruh pilih satu sahaja lagu kegemaran dalam album ni, aku akan pilih The Red And The Black, sebab lagu ni lebih progresif dan memang enjoy. Dalam durasi 13:33 minit rasanya 4-5 kali berubah riff, lick dan beat. Agak mencabar rasanya jika dimainkan secara live berbanding Empire Of The Clouds.
Bermula dengan intro bass ala gitar Flamenco terus masuk riff ala Genghis Khan dan selebihnya heaven... Bab solo pula memang overdose, ada empat kali solo - H (6:44), Gers (7:14), Murray (7:32) dan H sekali lagi tanpa wah-wah (8:38). Diakhiri dengan outro bass Flamenco lagi sekali.
Album yang boleh aku kategorikan "super album" kerana hampir semua lagu seronok didengar walaupun panjang, dua lagu yang boleh aku tolak ialah The Great Unknown dan Death Or Glory. Mungkin mendengar mp3 sedut tiap-tiap hari menjadi satu daripada faktor. Dan pendapat aku, lagu-lagu dalam album ni lebih mudah dihadam berbanding dua album sebelumnya (TFF dan AMOLAD).
Jika ini merupakan album terakhir Iron Maiden sebelum mereka pencen pun dah tak mengapa (parap-parap) kerana ia merupakan sebuah karya agung (masterpiece) yang epik, sama seperti R101. World tour 2016? Singapura tak dapat aku nak turun lagi kali ni, tapi alangkah bagusnya kalau KL tersenarai (hopefully).
Metuk Ulau Project nak cover lagu daripada album ni? Rasanya cuma dua lagu sahaja yang mungkin
Up the Irons! \m/
_____
Ada apa: Tunggu ulasan versi Berteromber dan Portdy lagi.
8 komen:
Kalau salah sorry la tapi apa aku rasa berlaku,
Steve Harris go thru lagu2 Bruce Dickinson nye future solo album corak berkonsep macam SSOASS pasal Necropolis tu.
Steve Harris suka lagu IESF dengan lagi satu lagu Nightmare.
Tapi Nightmare si Roy Z tolong tulis.
So rejected.
Jadi sekarang, aku curious cammana Bruce nak buat next solo album dia kalau IESF si Steve Harris dah ambik.
Dan aku lagi curious berapa sedapnye lagu Nightmare kalau Steve Harris pun suka tapi Iron Maiden tak mau pakai pasal ada sisa Roy Z.
aku punya ulasan masih dalam draft...idea sangkut...ntah bilanya rajin nak sambung...hahaha...
Lepas baca entri ni aku belek semula grafik kat cd aku.mmg betul ada perbezaan sikit.
Ok la pak Radin jual ikut harga standard mcm victoria music.kalo harga kapitalis mmg melampau sangat la pasal benda belum di panggil rare lagi..hehe
AKU belum beli lagi, dgr kabarnya mmg sold out kat kedai2 area kl. hari tu kawan aku g subang rock corner katanya ada 5 pcs lagi, nanti sabtu ni aku nak sambar.. ada dgr kabar rilisan malaysia nanti guna jewelcase.. betul ke.
aku cuma mampu dgr versi sedut saja...
aku cuma mampu dgr versi sedut saja...
nanti kalau dah ada versi jewel case beli lagi...
aku takdak review nanti nak tempek gambar saja. tu pun kalau sempat update blog. eh aku ada blog ka?
Post a Comment