Dengan tsunami rilisan semula album-album artis tempatan 80-90an, satu lagi album yang sebelum ini agak
mustahil susah diperolehi dalam versi CD, kini berjaya dimiliki. Album bertajuk sendiri (self-titled) gitaris lagenda tapi underrated, Samad. Juga diperolehi melalui Radin Music Centre bersama-sama album
Puji-Pujian minggu lepas.
Album ni keluaran tahun 1994, rilisan semula ni mungkin keluaran tahun ni merujuk kepada sticker hologram KPDNKK. Kalau tak silap, album ni juga pernah menang Album Solo Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) kan? Tahun bila eh?
Jika dahulu album instrumental sebegini memang aku tak pandang, sekarang bila dah berhobi gitar, ia merupakan satu keseronokan apabila mendengar setiap not dan kod gitar yang dipetik, lebih-lebih lagi lagu
Joget dan
Animo, goreng bersama
Paul Gilbert.
 |
Bersama Paul Gilbert. |
Selain lagu-lagu instrumental, terdapat tiga lagu bervokal;
Land Of Paradise (
Harry Hess),
Malam Yang Panjang (Arab) dan
Semalu (Jamal Abdillah). Lagu
Land Of Paradise tu ada macam bunyi lagu
Feel The Pain Search, siapa-siapa ada info/cerita pasal lagu ni boleh letak pada ruangan komen.
 |
Baling Strat sebab nak guna Les Paul... |
Walaupun dah mengenali beliau sejak zaman Lefthanded, tapi aku mula minat kerja gitar Samad selepas mendengar album Ramli Sarip
A-Live (yang pada mulanya aku sangkakan kerja Man Kidal). Sejarah dan kehebatan beliau rasanya tak perlulah aku ceritakan di sini, cuma pemergian beliau beberapa tahun lepas agak mengejutkan.
Lagu paling aku suka dalam album ni pastinya
Blues Jiwa, memang menusuk jiwa! Mungkin akan cuba bereksperimentasi cover beberapa lagu dalam album ni, mungkin lagu
Joget kot? Hehehe...
_____
Ada apa: Nak cari album Hillary lagi...
5 komen:
kebetulan...aku pun buat entri pasal cd ni hari ni...
apaapapun...arwah memang sangat underated la...
baguslah semua direrelease semula....
Lefthanded.. aku tak tahu mana silapnye padahal first kaset dorang dulu keluar was like a huge occasion.
Tu jam, ada kawan2 aku langsung ignore Search terus pasal very into lefthanded
reissue?.. ok album ni masuk list
best ni
Pun baru beli smlm..kalo tak silap lagu land of paradise ciptaan yan lefthanded.search nyanyi dlm album rampage,tapi dlm album samad ni di tukar lirik n tajuk
Bagi saya Samad merupakan gitaris underatted. Beliau juga banyak menyumbang dlm rakaman album2 artis tempatan. Saya pernah belajar dgn arwah selama 6 bulan di ASK/ASWARA secara part time dlm gitar performance rock. Selama 6 bulan itu, cuma belajar scale C major shj, tanpa baca note dan hearing dan cara fingering tanpa guna amp. Hanya dgn metronome. Manfaat dr ilmu itu amatlah besar. Terima kasih tak terhingga kpd Arwah Abg Samad, guru.
Post a Comment