Tanpa kotak asal dan manual, kondisi kosmetiknya boleh dikatakan 8/10 tapi fungsi masih 10/10. Sebelum ini aku pernah terGAS untuk mendapatkan DS-2, tapi berubah angin mendapatkan MD-2 pula dengan alasan aku sudahpun memiliki DS-1.
Tapi ternyata bunyi DS-2 jauh berbeza dengan DS-1, agak kasar, lebih-lebih lagi bunyi Mode II yang tinggi midrange seakan-akan bunyi HardWire SC-2, sesuai untuk genre NWOBHM dan 80s rock yang selalu dimainkan.
DS-2 dan SC-2 ni kedua-duanya dapat mengemulasi bunyi signature pada HT-5RH, oleh itu ia dijadikan sebagai distortion utama aku semasa gig (atau BOTB?) dan semasa sessi jamming jika malas nak angkut amp. Berbanding SC-2, DS-2 ni lebih sesuai kerana boleh muat dalam pedalboard BCB-30, my minimalist "all-Boss" themed gigrig. Akan dicuba semasa sessi kedua jamming Master Of Kapit esok.
Dengan adanya DS-2, maka SC-2 dan DS-1 direhatkan.
_____
Ada apa: Untuk bunyi metal? Masih ada Metal Muff.
0 comments
Post a Comment