Disebabkan itu, aku mengambil keputusan untuk memasangnya pada Korina. Lagipun bentuk radikal Explorer lebih sesuai dijadikan "gitar metal" berbanding Les Paul.
Pikap asal Korina ni alnico classic in-house Epiphone, not a bad pickup to begin with, jenis mid/low output. Tapi bunyinya lebih sesuai untuk Les Paul berbanding Explorer.
Jika dibandingkan dengan pikap asal Goldie iaitu (Gibson?) alnico 57 Classic, pikap Epiphone ni lebih memuaskan. Walaupun ada orang kata 57 Classic tu pikap Gibson, tapi aku langsung tak berkenan dengan bunyinya.
Sempat juga menjenguk beberapa bahagian dalaman lain, ternyata Korina merupakan sebuah gitar yang berkualiti.
Epiphone stoptail. |
Epiphone 3-way toggle switch. |
Epiphone output jack. |
Ruang kaviti (routing) pikap dan suis memang bersih, kemas dan tak alang-alang. Seni pertukangan Korea (kilang Un Sung) memang mantap. Nak tahu kualiti seni dan ketelitian pertukangannya sesebuah gitar? Cuba jenguk tempat-tempat yang tersembunyi sebegini.
Bila nak pasang pot baru perasan, diameter lubang pot 25k yang dibekalkan adalah bersaiz CTS (~9 mm) berbanding diameter lubang pot Korina bersaiz Alpha (~7 mm), masalah besar ni... Aku tak ada peralatan (drill) untuk membesarkan lubang pada badan gitar.
Nasib baik aku masih ada seunit pot 25k bersaiz Alpha, baki pot Tesla AH-1 beberapa tahun lepas (kalau pot 500k aku ada beberapa unit). Dengan sebiji pot, pendawaian dibuat seringkas mungkin iaitu satu volume sahaja (ala Calypso). Dua tombol lain hanyalah "dummy", sementara menunggu pot 25k baru, dipesan daripada Nonuz.
Sebenarnya, pemasangan pikap aktif ni taklah jauh beza dengan pikap pasif. Perbezaan ketara hanyalah wayar tambahan pada pikap untuk disambung pada terminal positif bateri 9V, manakala terminal negatif bateri pula disambung stereo output jack. Selebihnya sama, jadi kerja-kerja pemsangan tidaklah mengambil masa yang lama, lebih kurang sejam standard amatur aku.
Pada kesempatan yang ada, tali sebelum ini Martin/Darco (9-42) digantikan dengan D'Addario EXL140 (10-52) dan ditala pada talaan drop-D (atau kadang-kadang D-standard), sesuai dengan fungsinya sebagai "gitar metal". Tali Martin/Darco tadi akan dikitar semula pada gitar lain kelak.
Ini merupakan kali kedua aku memiliki gitar dengan pikap aktif, sebelum ini Tesla AH-1 pada ex-VMNTx. Dan kali pertama memiliki EMG setalah sekian lama mengidamkannya.
Sessi pandu-uji akan dilakukan semasa sessi jamming bersama si Korawk, akan ada entri lain nanti. Bersambung...
_____
Ada apa: Explorer + EMG 81/60, memang best meracHun si Korawk.
0 comments
Post a Comment