Perolehan hujung tahun 2015 terakhir, sebuah pedal noise reduction berjenama Rocktron (lagi) daripada
Guitar Collection. Kebetulan pedal-pedal Rocktron ada diskaun 50% penghabisan stok, tidak seperti
Tri-Wah yang masih diskaun 40% ketika itu.
HUSH ni ada macam-macam versi, Aku memilih versi
Reaction HUSH berbanding
HUSH The Pedal kerana saiznya. Malangnya tiada versi
MicroHUSH dijual, kalau tak memang akan pilih sekecil yang mungkin.
Pedal jenis noise reduction sebegini perlu ada untuk mengurangkan bunyi-bunyian berdesir-berdengung (hissing-humming) yang tidak diingini pada rantaian pedal-pedal stompbox atau pada effects-loop
HT5-RH.
|
One knob to rule them all. |
Nak dapatkan ISP
Decimator II memang tak mampu (mampu, tapi tak berbaloi), alternatif lain ialah Boss
NS-2 atau EHX
Silencer. Tapi dari segi harga, dengan 50% diskaun, Reaction HUSH paling berbaloi.
|
Ruang penyimpanan bateri yang pelik |
Selain untuk kegitaran, pedal ni juga boleh digunakan pada
FOH atau PA system. Antara gajet yang amat berguna untuk juru audio selain DI box. Cuma sayangnya ia tidak dapat digunakan untuk mengurangkan bunyi-bunyian *boss atau supervisor yang suka membebel.
_____
Ada apa: *Tapi kalau ketuk guna HUSH ni mungkin dia boleh senyap sekejap...
1 comment
buka sikit,nak intai sikit.hehe
Post a Comment