Untuk kabel speaker, tak perlu kabel yang canggih seperti kabel instrument yang jenis shielded. Yang penting ia mampu dan tahan mengalirkan arus(?) yang tinggi. Wayar merah-hitam (the Red and the Black, get it?) bersaiz besar sebegini dengan panjang 1 meter sudah memadai.
Terjumpa benda ni (speaker lug?) dijual di pasar raya F. Dengan adanya benda ni membuatkan kerja DIY menjadi lebih mudah. Dipateri terus pada kabel merah-hitam tadi.
Dengan speaker lug tadi, penyambungan pada terminal speaker lebih mudah. Untuk mengelakkan impedens speaker menjadi berlebihan/berkurangan, kabel asal (biru-kuning) daripada amp mesti dicabut.
Dan disebabkan speaker Blue Marvel tadi berimpedens 8 ohm, maka input jack perlulah dicucuk pada output 8 ohm amp HT-5RH. Blue Marvel ni katanya boleh menerima beban sehingga 75-80 Watt, jadi apalah sangat dengan 5 watt daripada HT-5RH ni kan?
Sambungan terus sebegini tanpa perlu kerja-kerja pematerian. Cuma perlu berhati-hati supaya kabel tidak tercabut (contohnya dilanggar kucing) semasa amp sedang digunakan. Kaedah supaya kabel lebih kemas, rapi dan kalis-tercabut akan difikirkan kemudian.
Dengan setup sebegini, fungsi Vypyr 30 (pre/power-amp) boleh diabaikan kerana hanya speaker sahaja yang digunakan. Dan sekiranya ingin menggunakan semula Vypyr 30, cuma perlu cabut speaker lug tadi (merah-hitam) dan pasang semula lug asal (biru-kuning), as simple as that.
Dipandu-uji dengan M-103FM (Mirage) bernadi EMG 81/SA terus kepada amp (tanpa sebarang pedal efek).
Hasilnya? Serius, bunyi yang dihasilkan lebih padu, mantap dan bassy berbanding semasa digunakan bersama-sama kabinet Vox V110NT (10"). Karekter sebenar HT-5RH terserlah dengan speaker 12" (kalau guna 2x12 atau 4x12 macam mana agaknya ye?), dan aku jamin ia cukup
Dengan setup sebegini, dapat "berjimat" daripada mendapatkan sebuah kabinet speaker Blackstar HT112 atau HT408 (RM5xx-7xx) walaupun GAS tu masih ada sedikit.
_____
Ada apa: *Kalau rajin nak angkut kedua-dua Vypyr 30 dan HT-5RH.
5 komen:
best la power bab2 elektronik ni. Tuka pikap tak payah hantar kedai.huhu
Respect aku kat Ijau. Kau memang berbakat. Teruskan...
mba:
tak power mana pun, basic electronics ni... kalau boleh baca skematik, pandai guna pateri, senang saja pasang pikap sendiri
deaf:
projek yg ni lagi senang berbanding wiring gitar
Menepuk dibelakang anda.well done.
mentor gaya pos ada, hahaha...
Post a Comment