Antara DI box yang termurah dalam pasaran tempatan. Satu perkara pelik/mistik pasal DI box ni, bila kita dah tak ada (dah jual) DI box, biasanya waktu itulah ia akan diperlukan. Serius! Bukan sekali, tapi dah dua kali aku mengalami situasi yang sama.
Sebelum ini aku pernah ada DI box Behringer Ultra-G GI100, pedal Hartke VXL juga mempunyai fungsi DI. Tapi kedua-duanya dah dijual (GLTL) untuk mendanakan benda lain. Nak beli semula GI100 tapi harganya dah melonjak naik tak munasabah berbanding dua tahun lepas.
Walaupun tidak secanggih GI100 yang ada simulasi kabinet maya 4x12, tapi tak mengapa (parap-parap) fungsi selebihnya masih sama. Oklah daripada tak ada langsung DI box.
Post-2015 bass rig, ampless... |
_____
Ada apa: Memang menyesal jual VXL, kena cari bass preamp baru.
2 komen:
blog kau ni dah jadi macam blog reference gitu..
keep it up
buka sikit,intai sikit..hehe
Post a Comment