1) Jamming dan kugiran - Pada mulanya aku beranggapan Metuk Ulau Project akan dorman lagi seperti tahun 2014. Penutupan 36 Studio pula seolah-olah menambah garam pada luka yang masih berdarah, kami seperti kehilangan
Studio lain memang ada, tapi peralatan yang disediakan tidak berbaloi dengan kadar sewa tinggi yang dikenakan. Ditambah lagi dengan hiatus beberapa bulan atas sebab-sebab 4) di bawah.
Sehinggalah boss memberi kebenaran untuk jamming di tempat kerja aku, itupun atas lesen Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan. Kami kembali aktif dengan entiti 3-piece Hepi;) pada mulanya, dan kemudian sebagai MUP (+Adi Herman) sebelum menyertai Battle Of The Band bersempena Festival Layang-Layang Antarabangsa Bintulu 2015. Tanpa disangka-sangka MUP berjaya mendapat tempat ketiga BOTB tersebut, pencapaian terbaru untuk MUP.
2) Kegitaran - Perolehan gajet-gajet kegitaran masih rancak terutama pedal stompbox. Beberapa ketul masuk; SC-2, Bass Squeeze, OD-3, Distortion+, Tri-Wah, Echohead, *LT-Dual dan TU-3. Manakala yang keluar (let-go, traded, GLTL); Hot Tubes, MS-70CDR, CC-1, ERD, Satchurator, Pod X3, Metal Muff, MS-50G, VXL, CS-3 dan DS-2.
Harapnya tahun depan dapat "berhenti" daripada membeli pedal-pedal jenis stompbox, walaupun dalam senarai GAS ada lagi 2-3 ketul belum terhajat.
Tak lupa
Bab modifikasi, M-103FM dinaiktaraf tahap maksimum tahun ini dengan Gotoh GE1996T dan EMG SA/81.
3) CD dan eBayholic - Faktor estock_deutschland dah "tutup" dan nilai ringgit yang jatuh pula menyebabkan hobi eBayholic terbantut, CD eBay yang terakhir ialah Infected. Tapi tak mengapa (parap-parap), ia telah diganti dengan pembelian album-album artis tempatan melalui Radin Music Centre.
Cuma hairan dan kadang-kadang bengang, ada juga yang tak faham konsep blog AADI lebih-lebih lagi bab entri CD audio. Tapi tak mengapa (parap-parap) lantak pi~
4) Peribadi - Seperti biasa, aku dah jarang cerita pasal perkara peribadi dalam AADI, tapi yang paling menggembirakan tahun 2015 ni ketika menyambut kelahiran puteraku pada 27/4/2015 (known only as Ijau Jr. in AADI). Masa untuk perhobian terpaksa dikurangkan sedikit untuk melayan karenah kedua-dua puteri dan putera.
Untuk 2016, memang dah ada perancangan (dan perubahan) untuk blog AADI, tapi itu semua cerita lain. Walaupun masih banyak entri dalam bentuk draft, tapi rasa nak rehat dulu beberapa hari sebelum kembali berblog...
_____
Ada apa: Till the end...
8 komen:
baru perasan ada org komen panjang kat entri Belantara tu...hahaha...
btw...selamat tahun baru...all the best for 2016...
selamat menyambut 2016
selamat tahun baru...2016
patut pun mcm terbantut sudah rilisan yg dirancang emi tu, rupanya banyak yang hentam dorang pasal kualiti. apapun sama2 lah kita support, betul kata berteromber, dari tak ada baik ada. yeay.. botb sudah rilis tu..
berteromber:
ada org share link entri belantara aku tu kat facebook, aku perasan byk traffic utk entri tu dtgnya drp facebook
teringat aku kes "mcm ni la kita" tahun 2011 dulu, pastinya kau ingat kan? (kalau tak ingat aku buang kau daripada list follower nanti! hahaha)
deaf & d'arsil:
selamat~
Hahah..aku pun baru perasan.dont take it seriously la uneh.masing2 punya hobi.tapi pada aku sound dlm cd tu tkda masalah.patut la emi senyap je lately ni takda rilis apa2.tension tul la baru nak happy2.
Apa pun selamat tahun baru untuk tuan tanah..bak kata ku hammett selamat..thank u
Aku baru perasan hang dah ada hero! tahniah walaupun lambattt gila aku wish. aiyoo teruknya aku
rafi:
selamat... thank you jugak
muspeed:
hero aku dah 8+ bulan dah
Post a Comment