Ahad 21/2/1016 - Wana Riverside Hotel.
Kali ni pihak penganjur menempatkan kami di Wana Riverside Hotel, berbanding King's Hotel Ayer Keroh seperti kursus-kursus sebelumnya.
Tiada apa yang menarik mengenai hotel ini kecuali lokasi yang strategik (tepi Sungai Melaka) dan makanannya yang sedap. Tapi sesedap macam mana pun kalau hari-hari benda yang sama, muak juga kan?
Isnin 22/2/2016 - Pantai Klebang.
Imej cilok. |
Selasa 23/2/2016 - Mahkota Parade.
Seperti yang dicadangkan oleh Bert dalam entri lepas, aku mencari premis Inverno Music Centre di Mahkota Parade.
Konsep premis lebih kurang macam Victoria Music (Amcorp Mall), cuma bahagian depan lebih fokus kepada video (DVD, Blu-ray) dan piring hitam, manakala bahagian CD audio di bilik bahagian belakang.
Taukenya jenis peramah dan memberi kebabasan untuk aku membelek setiap rak (siap bagi kerusi untuk panjat). Terjumpa TBOS versi jewelcase, tapi tak beli pun sebab aku dah versi deluxe edition. Akhirnya cuma mendapatkan Bad Magic dan Once More 'Round The Sun.
Rabu 25/2/2016 - Stadthuys dan Banda Hilir.
Nekad jalan kaki dari hotel menyusuri tebingan Sungai Melaka sehingga ke Banda Hilir.
Berpandukan Google Maps, kalau menapak dalam 2-3 km menyusuri tebing sungai boleh sampai ke Banda Hilir, Stadthuys, Muzium Samudera, Menara Taming Sari, dll.
Lebih kurang 15 minit menapak (sambil tangkap gambar sekeliling), akhirnya sampai juga ke Stadthuys, antara tempat yang aku teringin nak pergi. Kebetulan waktu ni ada rombongan pelancong dari Korea dan China, aku menyelit masuk la berlakon jadi pelancong juga, gambar sana, gambar sini, berselfie gitu.
Khamis 25/2/2016 - Muzium Samudera, Pusat Muzik Reco.
Menemankan rakan sekursus dari Sibu untuk pergi ke gerai-gerai menjual cenderamata di depan Muzium Samudera, juga berjalan kaki dari hotel seperti semalam.
Bila dah sampai, kami berpecah, aku meneruskan lagi perjalanan menuju Pusat Muzik Reco yang masih jauh nun di depan sana. Sempat jugalah jadi pelancong tangkap gambar sana sini.
Setelah menapak beberapa kilometer lagi berpandukan Google Maps (agak lucu), maka akhirnya sampai juga ke Pusat Muzik Reco, area Melaka Raya.
Dah agak lama aku berurusan secara online dengan Reco ni, kalau tak silap sejak 2010, baru sekarang berpeluang melawat premisnya. Yang pasti, aku akan buat entri berasingan mengenai Reco ni.
Jumaat 26/2/2016 - Habis kursus, tengah hari terus balik ke KLIA2.
Dua perkara yang aku respek pasal Melaka - larangan merokok dan kempen tanpa beg plastik yang tanpa kompromi.
_____
Ada apa: Don't mess with Melaka.
5 komen:
Nice report Ijau. More pixs please.
terbaikk...
tak try Coconut Shake ker kat Pantai Klebang tu?..
Melaka makin best skarang.lama tak gi melaka.masa duk kampung kt segamat dulu kerap juga pegi.satu jam setengah dari segamat
deaf & d'arsil:
nanti aku buat entri berasingan
bert:
aku minum jus durian belanda (soursop) je
rafi:
town area kadang2 ada rasa mcm kat penang+singapore
Post a Comment