Ini merupakan versi special edition cetakan 2006 yang disertakan dengan DVD bonus. Walaupun ketika diterima jewel case dah retak (biasa berlaku), tapi tak mengapa (parap-parap) sebab fizikal CD dan inlay nampak masih baru.
*Aku tak follow Trivium, tapi sama seperti pembelian album Shogun tahun lepas adalah disebabkan pengaruh Azrol yang merupakan peminat tegar Trivium. Sebagai persefahaman mutual (you hear my fav music, I hear yours) sekali-sekala ikut juga selera "generasi-Y"nya.
DVD bonus pula mengadungi empat muzik video (Like Light To The Flies, Pull Harder On The Strings Of Your Martyr, A Gunshot To The Head of Trepidation dan Rain) dan konsert Live at the London Astoria 18/9/2005.
Serius, aku agak menyampah dengan imej Matt Heafy dan konco-konconya yang agak emo dalam album ni (hahaha), teringat aku seorang patron kedai muzik (tak perlu sebut nama) suatu ketika dahulu.
Sekitar 2005-2006 dulu selepas memiliki kaset Roadrunner All Stars Session aku pernah cuba untuk check-out band Trivium ni. Ternyata (ketika itu) aku tak dapat hadam muzik mereka terutama bab vokal terais-terais (screaming).
Tapi album The Crusade dan dua album terkini (Vengeance Falls, Silence In The Snow) dapat pula aku hadam (setakat ni cuma ada mp3 sedut). Faktor utama mungkin disebabkan vokal clean dan melodik dalam album-album ni. Antara target seterusnya...
_____
Ada apa: *Aku cuba follow Instagram Trivium dan Matt Heafy.
4 komen:
aku baca dlm metal hammer album baru Trivium dah takda jerit2 pasal peti suara Matt ada masalah,tu yg vokal clean
terbantut aku follow trivium ni. album ni aku ada nampak versi kasetnya masa di gig. nyesal rasanya tak sambarr...
pernah cuba2 dengar Trivium ni...tapi tak masuk...
aku ada cd ni tapi versi asialink la hahaha
Post a Comment