Aku memilih versi 2CD (cetakan Belanda), tak teruja untuk mendapatkan versi 3CD walaupun beza cuma belas-belas ringgit. Tapi tengoklah nanti kalau mood mengumpul tu datang lagi boleh cari di eBay kemudian.
Seperti Dystopia, penantian album ni bukanlah suatu yang mengujakan, tidak seperti The Book Of Souls tahun lepas. Cuma album ni terlalu dicanang-canangkan, hari-hari terakhir sebelum tarikh rilisan rasmi, hampir separuh album sudahpun dipra-tontonkan klip videonya di internet. Adakah ia strategi pemasaran atau tindakan terdesak?
Ok, aku tak komplen banyak pasal muzik Metallica, ia berjaya membuatkan aku headbang dan hentak kaki secara spontan. Ya, muziknya seakan era Load hingga Garage Inc., masih Metallica, masih thrash, masih heavy, walaupun talaan gitar tak serendah St. Anger.
Setakat ni, ada empat lagu yang menjadi kegemaran:
- Hardwired - Lagu durasi paling pendek berbanding lagu-lagu lain, tapi ia sudah cukup mengatakan "ini Metallica, dan kami tendang punggung anda!" (ayat sopan).
- Atlas, Rise! - Ok, ini lagu paling aku minat dalam album ni. Ya lagu ni kuat dibayangi lick lagu Hallowed Be Thy Name, solo Hammett pun kalau dengar betul-betul seperti kitar semula solo lagu Through The Never. Manakala melodik @4:20 membuatkan lagu ni lebih beremosi.
- Moth Into Flame - Lagu ketiga yang membuatkan aku headbang.
- Spit Out The Bone - Lagu paling full-out untuk album ni, penuh dengan tenaga dan attitude.
Dan aku harap, mereka "tak singgah" KL untuk tour mereka tahun depan... Kah kah kah~Untuk ulasan rakan-rakan bloggers lain, bolehlah singgah blog Deaf-Angel (part 1, part 2), Berteromber, Muspeed dan Rafi Xyrus.
_____
Ada apa: Dengar intro lagu Now That We're Dead aku nak menjerit "Heart Break Kid!~".
6 komen:
Lain lain eh artwork dia,
Yang video tu dorang pangil lain lain direktor u tuk buat mtv semua lagu kan? Tu memang gimik paling gempak la. Metallica aku terpaksa mengakui ada class untuk buat sesuqtu bagi peminat penyokong mereka
setuju...yang 4 tu jer lagu yang best pun...yang lain meleret....
Promosi album kali ni kira menjadi sbb ada kawan yg xfollow dan xpernah beli album metallica asyik dok tanya pasal album ni..
Betul..diorang pun umor masing2 dah 50an.kira album ni pun dah cukup heavy dah walau usia diorang da nak jadi warga emas dah
baca semua ulasan album ni dari blog kawan2 semua kata ok, kira album ni best juga..
5 bulan kemudian... terima kasih sebab "tak singgah" KL
selamat, thank you
Post a Comment