1) Kugiran - Tahun ini MUP masih ada persembahan walaupun tidak serancak dulu, dah tak laku kot... Hanya ada dua persembahan awam dan menyertai satu pertandingan (BOTB).
Malam Aspirasi Seni - 28/2/2016. |
Jepak Mini Gig - 1/5/2016 |
BOTB Sebauh - 25/9/2016. |
Untuk tahun depan, aku ada beberapa perancangan untuk memeriahkan semula MUP, tapi tunggu tahun depanlah...
2) Kegitaran - Memang tidak dapat lari daripada pembelian pedal dan stompbox, antaranya - Zoom MS-60B (menggantikan Boss ME-50B dan Zoom BFX-708), Boss BC-2, Digitech RP360, serta Vox Satchurator #3 dan ToneLab EX hasil pertukaran (trade) dengan beberapa pedal yang tidak digunakan.
Pembelian tahap "big-guns" hujung tahun pula ialah Laney Ironheart IRT-X, yang masih belum sempat dipandu uji. Tiada gitar dibeli tahun ni (selamat~), kalau ada pun hanyalah Ibanez KIKOSP untuk Azrol.
Warna lawan tauke... |
3) CD/DVD - 2016 juga menyaksikan peng-eBay-an makin merosot disebabkan nilai ringgit yang merundum. Cuma lima CD sahaja mampu di-eBay tahun ini. Untuk pembelian tempatan, seperti biasa masih melalui gaya pos Radin Music...
4) PS4 Gamer - Highlight untuk 2016, aku kembali semula menjadi gamer, tapi melompat masuk khemah konsul dengan perolehan PS4. Ya, kalau ikut ceritanya sejak tahun lepas semata-mata sebab nak main Fallout 4.
Sehingga entri ini ditaip, aku masih belum habis main Fallout 4 (dah masuk dua bulan lebih). Kalau aku selesaikan misi-misi utama sahaja, tak sampai seminggu pun boleh habis. Tapi aku lebih fokus untuk menyelesaikan misi-misi sampingan yang banyak ke laut, itu yang sesat sampai ke bulan. Ditambah pula dengan masa bermain yang agak terhad, purata 2-3 jam sehari.
*AADI ni merupakan blog perhobian, jadi yang tidak berkaitan dengan hobi amat jarang aku kongsikan dalam blog. Yang sedih-sedih tu biasanya aku tolak tepi... Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI - Selamat tahun baru 2017!
_____
Ada apa: Kita sama-sama jahat, tak baik bergaduh...
6 komen:
terbaik bro.. teruskan berblog jumpa tahun depan.. hellyeahh
Aku pun baru abes main rise of tomb rider..heheh..dah berapa lama da..aku pun dah slow down beli cd.ada yg beli bebalut plastik lagi.tak dengar2 pun..heheh..
Slmt tahun baru 2017 untuk tuan ijau.moga sukses di tahun 2017.
Beli kat musicmagpie masih ok walaupun dah takder free postage...RM masih ok dengan GBP....dengan USD jer yang rasa senak nafas dah...
Btw selamat ber2017
Ijau, lama kau tak share hal hal National Geographic tempat kau.
Post la foto makan ke hapa ke
macam ada benda sedih j ni ijau. kat FB pun banyak post aku takleh tag hang di comment section. Hang disable eh?
yang sedih2 tu sebab dana2 perhobian terpaksa dirampas untuk belanja persekolahan anak, sedih... kah kah kah
Post a Comment