Dah masuk hari ke-31 tahun 2017, mula memikirkan halatuju perhobian tahun ini dan pembelian seterusnya untuk memuaskan GAS (tiru ayat
tahun lepas).
1) Console gaming -
Rise Of The Tomb Raider, sekuel kepada
Tomb Raider (2013), tunggu harganya turun, biasanya game PS4 baru rilis harganya ada sedikit mahal berbanding tajuk yang sudah basi beberapa bulan (macam kes
Fallout 4). Target lain, mungkin
The Last Of Us (Remastered version).
2) Kegitaran - Sejak menjadi
PS4 gamer tahun lepas, GAS kegitaran sedikit sebanyak reda. Kalau ada pun terGAS tahun ni mungkin cuma
dua tiga item ni:
i) Hartke
Bass Attack 2 - Generasi kedua, menggantikan
Bass Attack VXL generasi pertama. Agak menyesal kerana menjual VXL aku pada penghujung 2015. Tapi tak mengapa (parap-parap), dijanjikan oleh CK Music untuk membawa masuk generasi kedua ni pada tahun 2017. Kalau harganya mahal, aku akan cuba cari generasi pertama.
ii) Laney
Ironheart IRT-Pulse - Agak kecewa kerana untuk pasaran Malaysia harganya
mencecah RM1k, sungguh tidak berbaloi. Walhal kalau ikut harga pasaran negara jiran, ia sekitar RM600 sahaja. Tak apalah, mungkin aku akan cari kalau-kalau ada unit terpakai diiklankan di Jamtank.
iii) Dan ini tambahan terbaru, jika tahun lepas terGAS dengan Squier
Affinity Telecaster butterscotch blonde (nasib baik tak sangkut), tahun ni terGAS pula dengan
Michael Kelly 1953, dengan kemasan blue jean wash yang nampak kehijauan. Bentuk tele memang berhantu...
Bila dapat tahu yang jenama Michael Kelly ni diedarkan di Malaysia oleh
Roland Asia Pacific dengan harga yang
agak mampu milik, maka GASnya makin menjadi-jadi. Mula memikirkan klausa-klausa untuk menambah nombor enam.
_____
AADI: Eh? Dah nak masuk enam?
6 komen:
memang bahaya persada gamers ni. aku ada sorang kawan yang dulunya shredder heavy metal tapi bila terjebak main game, semua gita harga belas belas ribu dijual buat beli benda berkaitan game. hahaha.
Hobi dan gaji adalah dua faktor kelangsungan idup wahahaha...
penangan game.
ni hobi orang ada ada...haha..
alamak..aku lupa la,aku dah swap ngan member aku rise of tomb raider tu,kalau tak aku jual ngan kau je kira harga kawan2..heheh
mba, d'arsil - aku pun dulu sebelum ada dana2, memang nak jual explorer sebab nak beli PS4
mom, bert - hahaha, dah namanya hobi, memang guna duit... kalau hobi yang boleh buat duit, itu bukan hobi, itu bisnes namanya
rafi - *emoji senyum simpul*
Post a Comment