![]() |
With the trusted Mirage. |
Serius, pada mulanya aku tidak menjangkakan bunyi yang kuat untuk speaker bersaiz 8 inci. Tapi jangkaanku meleset, dengan kuasa 200 watt, ia memang cukup kuat untuk sessi jamming. Dengan tombol VOLUME separuh ia boleh menyaingi bunyi ketukan drum (yang diketuk optimum, bukan maksimum).
Dari segi kualiti bunyi pula ia agak "bassy", juga diluar jangkaan untuk speaker bersaiz 8 inci. Masalah ini boleh diselesaikan dengan melaras tombol-tombol TREBLE/BASS pada panel belakang - mengikut selera, situasi dan lokasi.
Paling menang bila guna modeling gitar akustik yang ada dalam RP360 (diedit dan dinamakan Ovation, duh~), lontaran bunyi akustiknya memang jelas dan agak hi-fi. Untuk sessi akan datang mungkin aku akan cuba dengan Pod HD300 pula.
Untuk kelebihan dan kelemahan lain, aku bersetuju dengan ulasan Ed Lim dalam blognya Six String Samurai.
_____
AADI: Untuk 2017, MUP tidak disertai oleh Adi Herman yang sedang berkabung.
0 comments
Post a Comment