ToneLab EX dah jual. |
Nickname: Goldie
S/N: 10091506687
Buatan: China (2010)
Dimiliki sejak: 28/04/2011
Nadi: Epiphone ProBucker set
Karekteristik: Limited edition, gitar "kahwin", sebelum ini kuat dipengaruhi oleh Goldtop Adrian Smith, tapi semenjak dipasang ProBucker, ia menjadi alternatif sekiranya ingin lari sebentar daripada dunia gitar berpikap jenis high output. Paling serasi disambung terus kepada amp berbanding melalui pemproses bunyi.
Talaan: E standard, drop-D
Gauges: 10-46
#2 ESP LTD M-103FM
Nickname: Mirage
S/N: IW11060781
Buatan: Indonesia (2011)
Dimiliki sejak: 24/11/2011
Nadi: Seymour Duncan Hotrails + Coolrails + Invader
Karekteristik: Gitar harian yang sentiasa berada di atas stand supaya senang dicapai, tatkala gitar-gitar lain disimpan dalam gigbag/hardcase. Gitar utama semasa jamming, tapi jadi backup bila ada persembahan awam.
Talaan: E standard
Gauges: 9-42
#3 Charvel So-Cal Style 1 HH
Nickname: Calypso
S/N: 002255
Buatan: USA (2008)
Dimiliki sejak: 14/09/2012
Nadi: Stock DiMarzio Evolution + Tone Zone
Karekteristik: Prized possession, gitar pentas (gig, BOTB), selesa, ergonomik dan feel paling best setakat ini. Mempunyai "mojo" yang tersendiri, sedikit-sebanyak memberikan keyakinan semasa persembahan awam berbanding gitar lain. Ya, juga ada pengaruh Jackson Adrian Smith San Dimas DK di situ.
Talaan: Eb standard
Gauges: 9-46
Pedal-pedal semua tu dah dijual. |
Nickname: Tommy
S/N: I131117556
Buatan: Indonesia (2013)
Dimiliki sejak: 19/02/2014
Nadi: Stock Ibanez pickups + preamp
Karekteristik: Bass, perlu ada bass dalam axology, bila dah terlalu ramai gitaris tapi tak ada siapa nak main bass, inilah jawapannya. Bentuk SR-series yang tirus dan ringan, selesa dan ergonomik digalas. Dan bukan senang nak cari bass warna hijau kan?
Tuning: E/Eb/D standard, mengikut keperluan
Gauges: 45-105
Gambar lama, masih bernadi EMG 81/60 |
Nickname: Korina
S/N: U07021945
Buatan: Korea (2007)
Dimiliki sejak: 11/09/2015
Nadi: DiMarzio PAF 36th Anniversary + Super Distortion
Karekteristik: Pembelian eksesif dan menjadi gitar "kelima" tatkala kuota hanya empat. Agak kurang selesa dimainkan dengan fizikal aku sekarang (faktor perut boroi). Disebabkan itu, ia hanya dijadikan sebagai gitar koleksi. Worst-case scenario mungkin akan dipasang semula dengan pikap asal dan dilepaskan untuk memberi *laluan kepada gitar lain.
Talaan: D standard
Gauges: 10-52
*Kuota empat buah gitar sekarang telahpun dibubarkan, jadi lepas ini mungkin akan ada penambahan ahli baru.
_____
AADI: Yahoo!
2 komen:
dakam banyak2 tu explorer tu aku minat
You are using a Zenfon?
OK nak try ada kesempatan.
Post a Comment