Ok, selepas membelek-belek luar dan dalam, ia merupakan pressing China (ada logo imported tau) dan aku pasti ia bukan pressing rasmi. Dengan harga RM25.90 jangan salahkan aku, salahkan Speedy Video kah kah kah...
CD kedua tu antara sebab aku membelinya, memuatkan lagu-lagu bonus sama seperti versi deluxe 3CD seperti entri Berteromber dan Rafi Xyrus ni.
Nah, nama pengedarnya. |
Fuh, gold discs la~ (dengan nada menyindir). |
Car's Music Expo? Apa kejadah tu? |
"keluaran ni hari tu aku teruja gak beli guns n roses, sampai rumah buka cdnya pergghh nak nangis beb rupanya pirate china, cdnya ada logo lori hahaha..."Aku cuba-cuba juga cari logo lori dalam boxset ni, tapi tak ketemu, cuma ada logo kereta... Mungkinlah kot dengan tema Car's Music Expo, kah kah kah...
Dengan harganya, taklah terasa sangat, pasti ia akan jadi CD belasahan dalam Imago aku. Yelahkan, untuk dipasang dalam kereta (car's music, remember?).
_____
AADI: Tak berani pula nak kata pirated, unofficial la kan?
6 komen:
aku rasa china ni macam russia kot...dorang punya undang2 copyright lain macam sikit...kat discog pun selalu tulis cd2 macam ni sebagai unofficial...tak tulis pirated...so susah nak cakap...cumanya russia punya kualiti selalunya bagus kalau nak banding china...
'peramah' betul pengedar dia ya siap bagi 3 cd.hahah..
mungkin klu cdnya nampak menarik aku akan beli lagi yang lain. sebabkan cd nya aku dpt seperti aku ckp tu aku terus tak beli yang lain.
Boleh sumbat jadi 1 cd? China ni boleh buat apa pun la. Kelakar pun ada. Book of soul boleh satu cd tsk?
unofficial tu kira pirate lah. hahahahah
mungkin betul apa yang bert komen kat atas tu
Post a Comment