Segala modifikasi dibuka dan dipasang semula dengan aksesori asal - pickguard, ring pikap (cream), strap button. Kecuali pikap menggunakan Epiphone ProBucker berbanding pikap asal Gibson 57 Classic (N) dan 57 Classic Plus (B) yang agak "kontroversi".
Pikap asal - "Patent Applied For". |
Sekarang Goldie direhatkan daripada tugas-tugas jamming atau gig, ia lebih kepada gitar koleksi dan nostalgik (gitar kahwin beb). Tetapi jika ingin lari sebentar daripada dunia gitar berpikap jenis high output, Goldie sedia menyahut cabaran.
Selamat berbulan Jun, selamat Gawai Dayak kepada Sarawakian, selamat Kaamatan kepada Sabahan dan masih belum terlambat untuk mengucapkan Ramadhan mubarak.
_____
AADI: Oooha!
4 komen:
6 tahun dah yer..happy anniversary...bukan untuk gitar...tapi berbini...haha..
ooo... kalau yang tu, minggu depan :)
aku lagi lawak. perfume kahwin dah botol kosong pun tak buang buang botol dia. Perfume kahwin beb!
nostagic value beb, walaupun isi dah habis, simpan botol pun jadilah kan? :D
Post a Comment