Selain ahli-ahli PEMUZIKA, beberapa band tempatan seperti Pro-X, NV Unity, MUP diberikan slot untuk membuat persembahan. Kutipan semasa persembahan akan disalurkan ke tabung kelab.
Johnny (Squier J5) live debut. |
Sedikit sebanyak terGAS dengan amp Boss Katana 50 (tilted one) yang digunakan. Mungkin boleh masuk senarai pembelian hujung tahun, bersainglah kau dengan Blackstar ID:Core 100 nanti.
Sebenarnya ini merupakan sessi melepas geram sebab kami tak turut serta Battle Merdeka 2017 yang dijadualkan pada petang Sabtu *keesokan harinya.
Malam kedua (Sabtu) lebih formal kerana ketiga-tiga mengenakan t-shirt Sarawak Metal Regime, kecuali Bob Kandar yang memakai jersi Fun Run kerana terlibat. Sessi agak pendek sedikit disebabkan Bob Kandar agak penat dan pening-pening selepas menyertai larian Fun Run beberapa jam sebelumnya.
Post-mortem busking listrik:
- Perlu ada lagu-lagu berentak mid-tempo yang agak crowd-friendly dan santai.
- Less is more, guna Zoom MS-50G pun dah cukup. Kalau perlu guna amp sendiri, mungkin aku akan guna Peavey Vypyr 30 bersama-sama Sanpera I.
Kredit gambar daripada Herman NV Unity dan Murad (Barangkali Marus).
_____
AADI: Ok, serius dah lama tak main lagu Coming Home.
4 komen:
set list?
tak ada sessi praktis sebelum busking, jadi hentam setlist klasik MUP la... the trooper, 2 minutes to midnight, wasted years, coming home, tears of the dragon, kabus, pentagram di atas pusara...
Di batalkan pulak?tu la diskriminasi sangat kan da tkda sambutan..heheh
busking bawak lagu iron maiden. mana nak cari show macam ni hehehe.
Post a Comment