Sebelum aku mengambil keputusan memilih Pod HD300 hampir lima tahun lepas semasa YES 2012, G5 merupakan pilihan utama aku. Hanya kalah kerana Pod HD300 disertakan dengan hadiah percuma beg Line 6 FG5 sedangkan G5 tiada apa-apa hadiah percuma ditawarkan. Harga runcit beg FG5 pun dah RM200+, kira lagi berbaloi kan?
Pertama sekali yang aku perasan ialah dari segi kualiti bunyi, memang sama dengan *MS-50G. Mungkin disebabkan teknologi yang digunakan adalah sama (chip ZFX-IV).
Mengekalkan tradisi energizer pada model G7/G9, ciri-ciri tidak ada pada model G1/G2/G3. Kalau tak silap model-model terkini G3n/G3Xn/G5n juga tidak memiliki tube booster, kenapa?
Unit ini masih menggunakan firmware v1.10, jadi aku update kepada v1.20 yang diperolehi daripada website Zoom.
Dipendekkan cerita... Kelebihan berbanding Pod HD300:
- Kuantiti modeling amp yang lebih banyak 22 jenis, yang penting ada acoustic simulator.
- Senang diedit, kalau dah biasa dengan pedal-pedal Zoom, tak sampai 10 minit boleh serasi.
- Effect-chain boleh disusun ikut suka hati.
- Ada drum machine
- Ada tube booster, boleh boost volume dan tone, sesuai untuk solo.
- Editor software yang lebih mesra pengguna.
Kelemahan berbanding Pod HD300:
- Hanya ada satu output XLR, ada dua pada Pod HD300 (stereo).
- Tiada modeling khas untuk bass, Pod HD300 ada Flip-Top (Ampeg Portaflex).
- Expression pedal (Z-pedal) yang pada pendapat aku kurang tegap, kadang-kadang boleh "terkehel".
- LCD besar yang senang rosak, antara masalah yang selalu dihadapi oleh rakan-rakan yang menggunakan G3/G3X/G5. Unit ini pun sudah ada menunjukkan masalah pada LCD pertama dan ketiga.
Jadi aku membuat keputusan untuk tidak memilih unit G5 ini dan kembali kepada Pod HD300 kerana:
- Modeling Treadplate (Mesa/Boogie Dual Rectifier), Angel F-Ball (ENGL Fireball 100) dan Solo (Soldano SLO100) pada Pod HD300 lebih umph!~ (high definition) dan serasi dengan muzik yang aku mainkan.
- Expression pedal pada Pod HD300 lebih tegap.
- Unit Pod HD300 aku masih nampak baru walaupun sudah berusia hampir lima tahun, berbanding unit G5 ini yang nampak bermusim.
AADI: Tunggu hujung minggu baru dapat tukar.
0 comments
Post a Comment