Menggunakan platform Shopee (ubah angin kejap, dah bosan Lazada) aku mendapatkan dua jenis besi pemateri "berjenama" dan beberapa pembelian sampingan daripada States Electronic Sdn. Bhd. (seller id e_World) yang berpengkalan di Ipoh.
Pro'sKit SI-S106A, ditulis 30W tapi sebenarnya 20W (duh~). |
Hakko Red 24W. |
Dan nilai Watt merujuk kepada kuasa (power) yang diperlukan untuk elemen pemanasan, bukannya berapa panas suhu yang dihasilkan. Betul tak Yustech?
Satu daripada pembelian sampingan ialah Pro'sKit Helping Hand 608-391A, yang juga memiliki lensa akrilik bermagnifikasi 6D/2.5X. Sesuai untuk memegang komponen kecil semasa memateri.
Dan dua unit bateri AA GP ReCyko+ 1300 series yang (kononnya) akan dikhaskan untuk kegunaan Boss GT-1 supaya lebih mudah alih semasa Rock & Mob kelak, adapter PSA akan dijadikan sebagai backup.
Daripada penggunaan percubaan, didapati timah pateri lebih mudah cair dan melekat pada permukaan muncung (tip) kedua-dua pemateri tadi. Memang jauh beza berbanding pemateri cap ayam yang digunakan selama ini. Dan yang paling penting, kedua-duanya menggunakan palam tiga pin 13A dan memiliki sticker SIRIM.
_____
AADI: Tak jadi nak pilih Hakko Presto.
2 komen:
Superb word play
Q : Dan nilai Watt merujuk kepada kuasa (power) yang diperlukan untuk elemen pemanasan, bukannya berapa panas suhu yang dihasilkan. Betul tak Yustech?
A : Saya menggunakan Hakko 981 yang mana watt asalnya ialah 20W tapi boleh dinaikkan ke 130W dengan tarikan picu.Sudah hampir 8 tahun ia berkhidmat tanpa gagal.Tip bakal ditukar untuk kali ketiga/empat kalinya.
Ya, Panas berlebihan boleh merosakkan komponen(pernah dan pasti akan berlaku lagi). Saya selalu perlu maksimumkan kepanansan tip saya bila jumpa timah pada komponen yang tidak mudah lekang dengan 20W. Timah jenis aneh dan benar ini selalu saya jumpa pada komponen guitar. Saya mengandaikan timah automotif barangkali.
Buat masa ini saya masih tidak punya penguji suhu untuk tip iron. Hati mau tapi realiti belum perlu. Komponen yang dikendali oleh tangan saya bukan untuk ekplorasi angkasa,perubatan atau sebagainya. Saya cuma ada pengalaman,pengamalan,pemerhatian dan selebihnya tawakal. Walahulam.
Tahniah atas pembelian anda.
Post a Comment