Dibawa khas oleh tuan rumah (Naim Paragon) bersempena Jelajah Misi Elektrik Borneo (round 3) mereka. Agak terkejut kerana persembahan Estranged agak awal setengah jam daripada yang dijadualkan, tentatif Bintulu Gig Empire bagitau pukul 10.00 malam, tetapi dalam media sosial Estranged pula pukul 9.00 malam.
Agak sedikit terkesima kerana bunyi FOH persembahan Estrange agak jauh berbeza berbanding ketika MUP dan band-band lain membuat persembahan malam sebelumnya.
Rupa-rupanya Estranged menggunakan khidmat Drum Asia Studio untuk mixing dan FOH. Jadi, tak hairanlah kenapa kualiti bunyi agak berbeza, kuat tetapi tidak bingit, setiap instrument jelas bunyinya walaupun sekecil tamborin dan shaker.
Serius, aku tak follow Estranged, kali terakhir layan muzik dan persembahan mereka ketika rancangan Versus di TV9 beberapa tahun lepas. Hanya dua lagu saja yang aku tau; Itu Kamu dan Hancur Aku.
Agak terkejut juga bila dapat tahu mereka sekarang hanyalah 3-piece band. Dan untuk persembahan live disokong oleh pemuzik tambahan untuk drum, bass, keyboard dan perkusi.
Tapi satu perkara yang aku respek mengenai Estrange ialah kerja amal mereka untuk projek Jelajah Misi Elekrtrik Borneo.
Selain itu, walaupun pernah menjadi Juara Lagu 2007 dan beberapa anugerah besar lain, mereka bertiga (Rich, Hanafi dan Din) begitu humble dan melayan segala karenah peminat semasa dan selepas persembahan.
Dan aku juga berterima kasih kerana booth merchandise Estranged ada menjual t-shirt bersaiz gergasi (XXL tag Gildan). Booth mereka berdepan dengan booth penganjur tempat aku melepak dengan Adi Herman dan Nazre.
Nazre dan Adi, geng berkurapak. |
Selepas konsert ramailah peminat menyerbu booth ini bukan sebab barangan MUUV, tapi kerana ahli band Estranged ada berlegar-legar di area berdekatan. Dah Estranged depan mata ambillah peluang jadi fanboy sekejap, kah kah kah...
Sempatlah melawak dengan Rich, bagitau yang aku datang dari jauh, dari Membakut semata-mata nak tengok konsert Estranged. Mustahil dia tak tahu di mana Membakut kan? Geng alumni AF4 dia Lotter pun dari Membakut juga.
Merchandise yang dibeli, t-shirt Estranged edisi khas bersempena Bintulu Bike Week 2018 dan CD singles terbaru mereka Milik Ku yang katanya dirilis semasa konsert di Bintulu ini. Tak lengkap kalau tak ada tandatangan ketiga-tiga ahli Estranged kan?
Banyak yang dapat/patut dipelajari daripada konsert Estranged ni, terutamanya pengurusan bunyi-bunyian atas pentas (monitor) dan di hadapan pentas (FOH) oleh penganjur gig tempatan. Walaupun Estranged menggunakan sistem in-ear monitor, tetapi konsep monitor tu masih tidak berubah (merujuk kepada insiden MUP malam sebelumnya).
_____
AADI: Pemangkin untuk menyiapkan lagu kedua MUP.
2 komen:
Jemmmmm. kalau aku tau, aku pesan sekali tshirt tu Ijau!
akupun beli secara impromptu, sebab ada "Bintulu Bike Week 2018" kat depan, tu yang bikin rare tu
Post a Comment