Bersempena ulang tahunnya yang ketujuh *hari ini,
Mirage dibelanja dengan tali baru D'Addario
EXL120 yang merupakan set 9-42 terakhir dalam simpanan.
Selepas ini mungkin akan menggunakan saiz hibrid 9-46 atau 9.5-44 untuk talaan E-standard (10-46 untuk Eb) kerana saiz 9-42 sudah agak "longgar" untuk jari-jemariku.
|
Tak pernah tutup sejak dipasangkan GE1996T. |
Merupakan gitar kedua senior dalam axology aku selepas
Goldie dan yang paling banyak menerima modifikasi. Dalam tempoh tersebut pernah beberapa kali ingin dilepaskan tapi semuanya terbatal atau tidak kesampaian.
|
Gambar lama, masih hardware/pikap asal. |
*Sebenarnya dipasang beberapa hari lepas, tapi dibuatkan entri untuk hari ini supaya lebih dramatik. Untuk 2019 aku bercadang ingin menggunakannya sebagai gitar utama untuk acara umum yang menggunakan talaan E-standard seperti
Sarawak Rock & Mob (jika ada).
_____
AADI: Ada bajet lebih mungkin akan tukar tuning peg.
3 komen:
Saya nak cuba pasang set 9.5 - 44 untuk gitar yang jenis fixed bridge atas sebab yang sama... 😎
untuk skala 24.75" pula, lebih suka menggunakan 11-49 atau 10-52
Fuh... tebal tu.
Post a Comment