Sabtu (20/04/2019) - Dikatakan sebagai gantian untuk dua gig yang (terpaksa) dibatalkan iaitu Sarawak Metal Regime, Miri (20/04/2019) dan Rock In Sibu (21/04/2019). Band highlights -
Suaka,
Vociferation Eternity,
Larrong - sepatutnya beraksi semasa SMR/RIS ada beraksi dalam gig ini. Dan jika tidak melibatkan masalah birokrasi, mungkin band
Defiled juga dapat beraksi.
|
Tahi Suci. |
Di Bintulu, pengurusan diserahkan kepada
Metuk Ulau Underground Voices (MUUV) dan Teresang Bong Bi Bi Club menjadi lokasi kejadian. Untuk entri ini, aku tidak mengulas, hanya entri
malas kosong. Nantikan ulasan penuh dalam blog
Geng Kereta Sapu atau
Molotov Cocktailz.
|
Koersive Forse. |
Pintu dibuka sekitar 2.30-3.00 petang, aku tiba sekitar 3.30 sempatlah mencari muka-muka yang dikenali untuk menempel. Persembahan bermula sekitar 4.00 petang oleh band penganjur *
Tahi Suci sebagai pembuka gelanggang.
|
Nogas. |
Kemudian diikuti oleh
Koersive Forse dan
Nogas, satu merupakan nama baru yang mula menunjukkan taring dan satu lagi merupakan taring besar dalam scene bawah tanah Bintulu mutakhir ini.
|
Nimang Ensera. |
Sebelum habis persembahan
Nimang Ensera, aku balik sekitar pukul 6.30 petang (terlepas curfew pukul 6.00) untuk menguruskan anak-anak dan hal rumah tangga.
Sebelah malam sempat menyempat untuk keluar, sampai sekitar 8.30 malam, terlepas pula persembahan Larrong.
|
Suaka. |
Atas sebab-sebab tertentu, dikatakan equipment Suaka masih di Miri. Maka mereka membuat persembahan dengan equipment pinjaman.
Antaranya bass Warlock PFG5 (ex-
Francesco) milik Herman Akmal dan
RG7321 milik Edan (Tahi Suci).
|
Vociferation Eternity. |
Dan persembahan Vociferation Eternity menjadi penamat. Kali ini line-up tidak disertai oleh
Dr. Bentara dan Deadzid seperti gig mereka di Sibu
beberapa tahun lepas.
Sempatlah juga masuk dalam family photo. Satu-satunya gesture "peace" dalam puluhan (ratusan?) gesture "cornas/maloik". Dan senyap-senyap meloloskan diri sekitar pukul 10.00 malam selepas mendapat talian hayat. Tamat.
*Kenapa bukan
MUP? Metuk Ulau Fest tanpa
Metuk Ulau Project? How ironic. MUP hanyalah cover band tanpa material sendiri selain
PDAP, masih belum layak untuk beraksi dalam liga sebesar ini.
_____
AADI: Tak tahan asap rokok berkepul-kepul.
1 comment
Steady!
Post a Comment