[SOLD] ESP/LTD EC-257 7-String Eclipse
-
Moving out sale #1
Moving out to a new residential this coming June-July 2023. To lighten up
some loads, I'm letting go some of my underutilised guitars....
TC Electronic Spark Booster ini diperolehi daripada website Swee Lee berbekalkan dana-dana hasil jualan koleksi Dewata Raya. Sebelum dana-dananya dirampas, cepat-cepat dilaburkan untuk gajet kegitaran, serasi dengan tema "hobi lama mendana dan menjanakan hobi baru", sama seperti The Silencer dan Cry Baby sebelum ini.
Ini merupakan pedal jenama TC Electronic pertama aku, itupun disebabkan harga pasarannya yang telah turun mendadak (hampir 1/3 daripada harga lama), kalau tidak memang aku tidak terliur pun untuk mendapatkannya. Overdrive Mojomojo merupakan pilihan pertama (juga harga turun mendadak), malangnya kehabisan stok, maka Spark Booster menjadi pilihan kedua.
One screw easy access.
Spark Booster ini boleh digunakan sama ada sebelum atau selepas distortion/preamp. Jika sebelum distortion/preamp akan menambah gain, jika selepas pula akan menambah volume, dengan tiga mode berbeza - FAT/CLEAN/MID - yang ini tak perlulah aku cerita.
Circuitry cover, good call.
Diintegrasikan dalam gigrig IRT-Pulse sebagai booster (MID mode) menggantikan AT Drive. Dipandu-uji semasa sessi jamming petang semalam, disambung melalui effects loop return amp studio (Peavey lama).
Gigrig eksperimentasi untuk *gig yang akan datang (penghujung Julai), cuba memberanikan diri dengan setup stompbox sebegini. Tapi jika setlist banyak perubahan patches (ada clean/chorus atau acoustic simulation), mungkin akan kembali menggunakan multi-effects.
Audit axology setakat 25/10/2024... Tiga terkini yang aktif - * Candy , * Goldie , Swede - diletakkan pada Rok-It supaya mudah diakses. ...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
0 comments
Post a Comment