Sabtu (15/06/2019) -
Metal United World Wide yang serentak di seluruh dunia, di Malaysia untuk 2019 hanya
Bintulu dan Ipoh sahaja yang mengambil bahagian. Di Bintulu, ia di bawah kelolaan
Sarawak Metal Regime.
Lokasi kejadian sama seperti gig
Metuk Ulau Fest beberapa bulan lepas iaitu Teresang Bong Bi Bi. Seperti biasa hanya entri
malas kosong, tiada apa-apa ulasan menarik. Mungkin blog
Molotov Cocktailz bakal ada ulasan penuh.
|
Nogas. |
Aku datang sekitar pukul 4.00 petang, acara bermula setengah jam kemudian dengan persembahan daripada Nogas dan Tahi Suci. Banyak merchandise yang menarik, tapi pasca-raya ni faham-faham sajalah.
|
Tahi Suci. |
Selepas itu, giliran Curse Of God (COG), dah lama tak tengok persembahan COG semenjak gitaris/vokalis Donny yang agak kurang sihat sebelum ini.
Rashid Malim, tukang pukul COG merangkap "abang kawasan" (yang nampak semakin berisi) sedang memasang Pearl M1440 piccolo snare, pernah ada dalam entri AADI
tujuh tahun lepas.
|
Curse Of God. |
Selain piccolo snare tadi, ketiga-tiga axes yang digunakan COG juga memiliki cerita tersendiri dalam blog AADI. Pertama, bass Ibanez GSR200EX suatu ketika merupakan bass aku (ex-
Clover). Kedua, superstrat Warnell putih pernah masuk untuk
servis dan tukar pikap. Ketiga, Cort VX-2V Donny juga
ada sejarahnya dalam AADI.
Juga menggamet memori ialah Boss
DD-3 yang digunakan Donny, dilepaskan tahun lepas untuk dana-dana segera ketika anak ketiga aku beberapa kali keluar-masuk wad sebab
G6PD dan
jaundis. Habis persembahan COG, aku balik untuk mengejar curfew aku pukul 6.00 petang.
|
Larrong featuring Amunk. |
Sebelah malam dapat keluar sekitar 8.30 malam, kali ini sempat menyaksikan persembahan Larrong. Tapi atas sebab-sebab tertentu, tidak disertai oleh vokalis dan bassist menyebabkan setlist mereka menjadi pendek. Dengan vokalis jemputan Amunk (Koersive Forse) untuk lagu cover Slayer,
Angel of Death kalau tak silap.
|
As-Sahar. |
Ok, aku tak follow As-Sahar, cuma penghujung 90an atau awal 2000an dulu pernahlah juga dengar kompilasi As-Sahar bersama-sama beberapa band underground Malaysia lain (apa nama kompilasi tu?). Lagi satu aku ingat, waktu itu
Takilala suka guna "
Tinggam" sebagai nickname online, kah kah kah...
Seperti biasa, lepas habis persembahan utama akan ada sessi fotografi camaraderie metal Sarawakian gitu. Bak kata vokalis As-Sahar "
korang tak ramai, tapi korang united". Carilah yang berjaket quantum realm Avengers dalam tu...
_____
AADI: Agi idup agi metal! Ai lemened anang kurang...
0 comments
Post a Comment