Agak berdebu, mungkin stok lama yang terperap (NOS) dan harga yang ditawarkan pun agak berbaloi. Untuk kepastian, aku membawa King V aku (Sarge) ke premis Zoso untuk dicuba muat dengan softcase ini.
Aku perlukan sebuah softcase yang ergonomik untuk mengusung Sarge ke studio jamming dan lokasi gig. Hardcase amat leceh dari segi logistik (berat dan tiada strap bahu), gigbag yang ada sekarang (generic GC-EX atau Gator GBE-EXTREME-1) cukup syarat dan hanya memberi perlindungan yang minimum.
Daripada gambar stok website SKB, ruangan dalaman softcase ini nampak lebih khusus untuk Dean V-series berbanding Flying V (Gibson/Epiphone) berdasarkan ruang yang cukup besar untuk headstock bercabang ikonik Dean.
Bentuk King V agak kecil berbanding Flying V, jadi agak longgar pada bahagian dalamannya. Masalah ini boleh diatasi dengan menyendat tuala kecil atau span tambahan. Lagi bagus longgar daripada tak muat langsung kan?
Dan ruang headstock yang besar tadi juga sebenarnya muat untuk kecondongan headstock ikonik Jackson sama ada standard atau reversed.
Memiliki dua ruang penyimpanan sampingan, satu di bahagian atas yang aku rasa sesuai untuk menyimpan kabel atau strap. Dan bahagian bawah yang memiliki poket kecil-kecilan untuk buku nota, pen, pick, tuner, tools kecil-kecilan dan tali gitar ekstra.
Dengan strap bahu yang selesa dan berpad, mobilitinya terasa seperti menggalas gigbag. Manakala material EPS yang tegap tetapi ringan memastikan gitar di dalamnya terasa terjamin tanpa ragu. Untuk masuk ruangan kargo pesawat pula, itu aku tidak jamin.
Bahagian bawah juga mempunyai alas tambahan sekiranya peti ini diletakkan secara menegak (horizantal).
Dengan adanya softcase ini, menggalas Sarge sambil mencilok-cilok sekitar gig tempatan menjadi lebih mudah. Dan jenama SKB itu sendiri terbukti berkualiti sama par dengan jenama Gator.
_____
AADI: Agak-agak boleh muat bentuk Rhoads tak?
0 comments
Post a Comment