Satu perkara yang aku perasan, AADI telahpun melepasi tahap 400k views, congakannya 100k views mengambil masa tiga tahun. Inipun masih tahap kerdil jika dibandingkan dengan blog Berteromber yang sudah mencecah 1M views, fuh!
Aku ulang balik ayat entri tahun lepas:
Kebelakangan ini sumber idea untuk AADI (CD, gitar, jamming, gaming, wayang) semuanya semakin berkurang disebabkan perenggan pertama tadi. Kalau adapun, masa (ya masa) untuk menaip blog agak terhad.
Begitu juga dengan rakan-rakan bloggers kental yang biasanya menjadi pembakar semangat rivalry juga semakin menipis. Kepada rakan-rakan bloggers yang aku komen setakat "." dalam ruangan komentar, jangan risau, itu maknanya aku masih lagi menjengah dan membaca blog kalian tetapi tak tahu apa yang nak dikomen._____
AADI: Masih relevankah platform blog?
2 komen:
wow...tahniah...aku pun tak perasan aku punya berapa..hahaha...
Semangat!! 👍🏾
Post a Comment