Hilang satu skru ring pikap. |
Sarge mungkin akan dipasang dengan set Entwistle Dark Star atau DiMarzio Evolution/D-Activator,
Untuk menjimatkan pot dan kabel solderless EMG, aku memasangnya dengan konfigurasi ringkas master volume dan tone sahaja, manakala pot tengah-tengah hanyalah dummy.
Telah diintonasi dan ditala pada talaan drop-C bersesuaian dengan saiz tali 11-49 yang sedia ada untuk projek yang akan datang. Serius, dengan adanya gitar ini, GAS untuk mendapatkan Epiphone Björn Gelotte Les Paul lebur secara otomatik.
Dengan statusnya yang terpakai dan lebih ergonomik berbanding Les Paul, ia akan dijadikan gitar utama (workhorse) aku untuk kegunaan harian, jamming dan mungkin juga gig (ikut kesesuaian gig).
_____
AADI: Les Paul killer?
2 komen:
Penyeliaan wayar yang sangat kemas 👍🏾
cuba untuk mereplikasi cara kerja YusTech :)
Post a Comment