Juga dipasangkan semula hardware hitam asal - tuning machine, locking nut, FR bridge, 3-way toggle switch, knobs - dengan alasan akan digunakan selagi ia berfungsi. Hardware gold sebelum ini (GE1996T, GHL-2-G, PWAT-6R3) akan disimpan atau dipasang pada gitar lain yang lebih memerlukan.
Isi perut kembali menggunakan suis, pot dan kapasitor asal, selagi tidak bermasalah dan boleh diguna, biarkan sahaja. Hanya pendawaian dimodifikasi supaya jika aku gatal tangan menukar pikap lain lagi (atau pasang semula pikap asal), aku hanya perlu buka sambungan manual yang dibalut dengan heat shrink tubing dan tak perlu bermain pateri lagi.
Juga dibelanja dengan set tali baru D'Addario EXL115 (11-49) dan ditala D-standard. Kalau E-standard, Mr. Smith ada.
Warna putih bobbin kedua-dua pikap juga nampak lebih kontras dengan warna hijau
Selepas mencubanya sekejap dengan amp Micro Cube GX, rupanya aku terlupa betapa ohsemnya set ini. Pernah beberapa kali digunakan bersama ex-Neon untuk persembahan pentas, contohnya di sini, sini dan sini. Serius, set ini membuatkan gitar murahan berkarekter bunyi mahalan (temberang saja ni). Bercadang akan kembali menggunakan Sarge sebagai gitar utama untuk gig tahun ini (kalau ada).
_____
AADI: *Nita Strauss pun rekomen set ni dalam Instagram aku.
0 comments
Post a Comment