Beberapa bulan lepas ada dipromosikan di Facebook mengenai premis terbaharu di sini iaitu skating rink. Kononnya sebagai tarikan terbaharu untuk gedung ini yang popularitinya semakin merundum.
Di Facebook ikonnya merupakan seekor penguin, jadi aku beranggapan "wah ada ice skating, biar betul?". Tapi bila dah sampai agak hairan kenapa hanya ditulis "skating rink" dan bukan "ice skating rink"?
Rupa-rupanya yang putih itu bukanlah permukaan ais, tetapi sintetik seperti plastik. Memang potong stim teruslah nak membawa anak-anak masuk, nasib baik tak dijanjikan, kalau tak memang ditagih anak-anak. Jadi, kembalilah ke premis Toys R' Us...
Disney-fied Star Wars. |
Sunway Pyramid, entri lama. |
_____
AADI: Bersukan e-sport lah jawabnya.
1 comment
maintenance mahal ice skating ni...tak yer yer.. tak berani kot dorang nak buat...Jb pun baru ada start tahun lepas...
Post a Comment