Ok, setelah dipandu uji seoptimumnya bersama-sama Deluxe, ini antara kelebihan yang aku dapati:
Distorsi - channel Feuer agak nyaring (bright) dan sesuai untuk gitar yang kelam (dark), talaan rendah atau bertali tujuh. Memiliki gain yang agak tinggi, untuk gitar berpikap jenis high-output tombol gain sekitar tahap suku (9-10 o'clock sudah memadai.
XLR output - Ia lebih optimum digunakan terus ke PA system, mixer atau speaker FRFR (via XLR output) berbanding amp gitar (normal output). Output XLR juga tersedia dalam simulasi kabinet SamsAmp Tech 21. Jika ke amp gitar (normal output), lebih sesuai disambung ke effects-loop/return berbanding front-end.
Boost - tombol "ego" anda, sesuai untuk menyerlahkan diri semasa solo.
*Bass - channel Wasser juga ampuh jika digunakan bersama-sama bass, lebih-lebih lagi dengan fungsi compressor yang ringkas berdasarkan pengalaman menggunakannya semasa jamming dan gig Metuk Ulau Fest 2020 bersama-sama Erectus. Ketika itu aku sudah tiada rig untuk bass (bass pun
Kelemahan pedal ini yang aku perhatikan:
- Tombol-tombolnya yang terletak agak dekat dengan suis pijak. Kebarangkalian untuk tombol-tombol ini tertendang atau terpijak agak 50-50. Lebih bagus jika Tech 21 menambah besi penghadang seperti Line 6 Pod HD300, atau apa-apa jenis cara untuk menutup tombol-tombol tadi seperti penutup Joyo Ironman Series untuk versi yang akan datang.
- Fungsi delay dan vibrato tidak dapat diguna serentak, kena pilih sama ada delay atau vibrato pada satu-satu masa.
- Agak sedikit noisy walaupun menggunakan pikap aktif, kalau guna pikap pasif lebih ketara. Aku suspek ia berpunca daripada power supply. Untuk mengatasinya, pedal noise suppressor/gate digunakan bersama-sama PL1 ini, contohnya pedal EHX Silencer.
- Perlu berhati-hati ketika memijak suis pepijak, jangan terlalu ghairah sehingga terpijak/tertendang tombol-tombol.
- Mungkin akan lebih dijadikan sebagai bass rig, kerana aku tidak ada efek mahupun amp bass. Lebih "selamat" digunakan bersama bass jika mengambil kira faktor di atas.
- Jika ingin digunakan bersama-sama gitar juga, perlu cari idea cara untuk mengelakkan tombol-tombol tadi daripada terpijak/tertendang.
AADI: Katanya Paul Landers sendiri guna PL1 ini semasa konsert Rammstein, boleh percaya tak?
0 comments
Post a Comment