TC Electronic MojoMojo merupakan antara pedal yang terGAS sejak tahun lepas ketika harga pasarannya turun mendadak (hampir 1/3 daripada harga lama). Malangnya ia selalu kehabisan stok, maka Spark Booster dipilih ketika itu.
Kali ini berjaya diperolehi daripada Music Bliss dengan pengeposan percuma tetapi menggunakan Poslaju. Maka penantian suatu penyeksaan, ia tiba selepas tiga minggu dipos, duh memang laju~ Ini batch baharu di bawah naungan Music Tribe (geng Behringer) buatan China berbanding Spark Booster batch lama yang masih buatan Thailand.
One screw easy access. |
Aku perlukan sebuah overdrive yang serba boleh (Boss SD-1 dah jual), sebelum terfikir tentang MojoMojo, calon asalnya ialah Boss BD-2 Blues Driver, tapi harganya pula tiba-tiba melambung tinggi. Manakala harga MojoMojo pula sebaliknya (rujuk kembali perenggan pertama).
Kalau dulu aku memang aku tak pandang pun pedal overdrive, dengan genre muzik yang aku mainkan apalah sangat distortion kentut daripada sebuah pedal overdrive. Sekarang bila sudah faham fungsi overdrive, sekurang-kurangnya mesti ada seketul dalam axology.
Circuitry cover, good call. |
Bunyinya agak unik, walaupun dikategorikan sebagai overdrive, tapi boleh mencecah bunyi seakan distortion jika tombol DRIVE dipulas melebih 2/3. Lebih padu lagi jika menggunakan pikap beroutput tinggi dan/atau letak Spark Booster sebelumnya.
Akan dijadikan sebagai front-end booster pada Laney IRT-Pulse atau amp Blackstar HT-5RH untuk tona distorsi yang lebih keras dan padu, menggantikan tugas Joyo AT Drive sebelum ini. Atau diguna secara tunggal (atau bersama Spark Booster) seperti perenggan di atas. Ah~ Ayat temberang saja ni...
_____
AADI: Dengan harga yang sama, terGAS pula dengan Dark Matter, hahaha...
0 comments
Post a Comment