Beberapa bulan lepas aku memperolehi set topeng pelitup muka jenama Carbon, kali ni Mrs. Ijau pula memborong beberapa pelitup muka jenama InnerSejuk. Tiga unit jenis ikat pelbagai warna (untuk dipadankan dengan warna tudung) dan menyelit seunit jenis ear-loop untuk aku.
Tidak begitu mengikut rekomendasi WHO (hydrophilic inner layer, hydrophobic outer layer) kerana kedua-dua material lapisan luaran dan dalaman nampak seperti fabrik elastane (Lycra, Spandex). Walaupun memiliki poket untuk penapis sebagai lapisan tengah, tetapi penapis tidak disertakan (strategi pemasaran?).
Juga tidak memiliki dawai pada bahagian atas hidung, tidak berapa mesra pengguna kaca mata seperti aku (pengguna kaca mata pastinya faham). Namun ia masih selesa dipakai dan senang dicuci. Tak kiralah apa material dan jenamanya, yang penting anda faham konsep penggunaan pelitup muka untuk musim-musim PKPx ini.
_____
AADI: Ingin mencuba Carbon Air.
0 comments
Post a Comment