Bab kumpulan Metalian ni, hanya Berteromber dan yang seangkatan dengannya layak buat ulasan. Kalau aku buat ulasan nanti jadi macam entri Belantara. Lagipun sebelum kompilasi ini aku hanya pernah dengar lagu Kabus, Tetap Di Sini dan Segala Untukmu sahaja.
Kompilasi ini merupakan rilisan tahun 2011, dan aku pasti bukan rilisan semula kerana logo ORI KPDNHEP masih versi lama. Pembelian sampingan bersama-sama Diammu Gunung Berapi daripada Radin Music Centre minggu lepas.
Tapi sayangnya kompilasi ini kebanyakkan lagu-lagu di dalamnya adalah slow rock dan ballad berbanding lagu-lagu rancak. Hanya lagu Kabus sahaja yang rancak habis, lagu berat selebihnya seperti Dosa dan Suara Dari Sudut hanyalah mid-tempo. Tapi bunyi-bunyian gitarnya, serius memang terasa trademark 80an.
Metalian ini ada kaitan dengan band lama aku MUP, aku berterima kasih kepada Berteromber kerana menyarankan lagu Kabus untuk MUP tujuh tahun lepas sebagai lagu pilihan "wajib main/cover satu lagu dari era rock 80an" untuk gig Bintulu Rockers Re-Union 2013. Semenjak itu, lagu Kabus selalu ada dalam setlist MUP.
Kabus versi MUP selalu berevolusi, terutamanya tuning Eb-standard dengan sentuhan solo versi IDK (solo pertama) dan Azrul/Nuing (solo outro). Mungkin akan cuba cover lagu ballad kegemaran Berteromber Masih Di Sini selepas ini.
_____
AADI: Bukan Metalian ini ya.
1 comment
Metalian ni 6 lagu dorang zaman JJR memang sedap-sedap... tak kira la yang slow atau heavy...
Cuba try Kabus yang Aircraft cover... boleh tahan power...
Post a Comment