Aku perasan ada versi ni sejak bulan lepas, dan pernah membelinya beberapa kali. Baru teringat nak buat entri.
100 Plus Zero, bukanlah adik-beradik Ultraman Zero, rasanya sama seperti 100 Plus klasik tapi katanya tanpa gula. Bagi aku versi Zero ini lebih mudah diteguk berbanding 100 Plus Edge yang tanpa karbonat. Bila lidah dah 40+, rasa pedas-pedas karbonat membuatkan kita terlupa pada rasa manis.
Versi ini akan menjadi pilihan utama berbanding versi klasik.
_____
AADI: Selamat tinggal November.
1 comment
Anak bongsu aku suka la 100 plus ni... Kalau makan luar mesti nak 100 plus
Post a Comment