Aku rasa versi tin ini tak jauh beza dengan versi botol 500 ml yang dibuatkan entri hampir tujuh tahun lepas walaupun labelnya berbeza (facelifted?).
Buatan Pokka Singapura dengan harga RM1.20 untuk tin berisipadu 300 ml. Rasa teh hijaunya memang pekat, tawar tanpa gula, tak ada perisa/bau jasmine seperti teh hijau jasmin Pokka.
Bila dah berumur *pertengahan hidup, terapi makanan dan minuman kurang atau tanpa gula sebegini terpaksa dijadikan kebiasaan. Meneguk teh hijau Jepun ini sekarang agak rileks berbanding tujuh tahun lepas.
_____
AADI: *Teringin nak cover lagu ni.
0 comments
Post a Comment