Tidak seperti tahun lepas, tahun ini hampir tiap-tiap bulan kami melawat pusaranya, kalau terlepas pun biasanya tak sampai dua bulan. Hari ini genap dua tahun anak syurga aku lahir dan meninggalkan kami pada masa yang sama.
Assalamualaikum nak... |
Kalau tahun lepas cerita pasal komplikasi yang dialami iaitu oligohydramnios dan Potter Sequence, tahun ini kononnya ingin bercerita sedikit pengalaman menyambut kelahiran mati (stillbirth), menuntut jenazah di rumah mayat Hospital Bintulu sehinggalah pengurusan jenazah di Surau Kampung Sibiew dan Tanah Perkuburan Bukit Kemunting (aka "Kemunting Heights"). Atas kekangan PKPx ketika itu, hampir semua terpaksa aku buat sendirian, kecuali pengurusan jenazah kecil yang dibantu oleh 2-3 orang AJK surau.
Rupa-rupanya, aku masih lagi beremosi bila mula menaip perenggan kedua tadi, aku ingatkan selepas dua tahun dah keras hati bab ini. Tapi syukur alhamdulillah sepanjang dua hari kejadian (9/9/2020 kelahiran, 10/9/2020 urusan jenazah) aku diberi kekuatan fizikal dan mental untuk melalui semuanya...
_____
AADI: Semoga kita akan bertemu lagi di sana.
3 komen:
Sekejap jer dah 2 tahun...
2020-2021 memang terasa wasted years...
Semoga tabah ijau
Post a Comment