Tahun ke-19 berblog bawah platform Blogger (dahulunya Blogspot sebelum dibeli Google), selepas berpindah dari platform Friendster (The Blog Of Ijau) sekitar Januari 2007, dan kemudiannya menukar haluan menjadi blog perhobian awal 2009.
![]() |
| *Battle suits collection. |
Tahun demi tahun berlalu, semangat dan kehangatan untuk berblog sebenarnya semakin kurang. Lebih-lebih lagi bila geng blogger yang masih aktif kini hanya boleh dikira dengan sebelah tangan. Semakin berusia ni terasa semakin kurang perasaan untuk menonjol lagi dalam dunia siber. Entahlah, kalau aku putus asa (kalau) mungkin akan berhenti berblog tahun depan 2027, biar genap 20 tahun bawah platform Blogger.
Sehingga kini pun banyak entri AADI yang sudah tidak lagi relevan aku dah tapis dan turunkan, terutamanya entri berkaitan kehidupan peribadi dan keluarga. Kalau ada hyperlink yang tidak berfungsi tu maknanya entri tu sudah aku turunkanlah. Tinggalkan entri yang betul-betul berkaitan dengan hobi sahaja - gitar, jamming, gig, CD/DVD, muzik metal, kaki wayang dan tinju.
_____
AADI: *Belajar prompting.





0 comments
Post a Comment