Tahun ini katanya jenama sub-ESP iaitu LTD (Living The Dreams?) menyambut ulang tahunnya yang ke-30.
"Founded in 1996, the LTD brand helps bring the quality and prestige of ESP to a more affordable price in order to accommodate all players. A wide range of LTD models are made to cover everyone from beginning players to serious working musicians. With numerous different model families to choose from, we are sure there is an LTD guitar perfect for you."
- Website ESP Guitars.
Seperti entri ulang tahun ke-50 ESP tahun lepas, sebagai seorang peminat ESP dan LTD amnya, dapat juga idea untuk entri blog cerita pasal gitar LTD.
"Malangnya" mutakhir ini aku hanya ada satu sahaja gitar LTD dalam axology iaitu *Iron Cross James Hetfield signature (Iron Cross). Kalau bukan kerana harga promosi raya Music Bliss tahun lepas, mungkin aku tak akan menarik picu untuk gitar ini. Belum pernah lagi dibawa jamming mahupun gig, jadi belum diketahui lagi prestasi dan "mojo"nya.
Tapi kalau dalam keluarga ESP, ada dua buah gitar lagi iaitu ESP Eclipse-II (Shiro) yang dah menguning dengan cemerlang (vintage white) dan GrassRoots Horizon-III G-HR3-68 (Horizon) - dua ni tak perlulah diceritakan sebab bukan LTD.
Sebelum ini aku pernah memiliki beberapa buah gitar (dan bass) LTD, berikut model-model yang pernah dimiliki:
1) EC-257 (ex-Sven) diperolehi penghujung 2019, gitar bertali tujuh pertamaku. Dilepaskan 2024 kepada seorang rakan sepergitaran veteran di Bintulu sebagai koleksinya.
2) EC-1000VB (ex-Deluxe) diperolehi awal 2020 dalam keadaan terpakai tanpa elektronik. Pernah dibawa gig sekali sahaja iaitu ketika penghujung 2020. Dilepaskan kepada Azrol pertengahan 2022 dan kini menjadi antara gitar utamanya bernadi yang Seymour Duncan Blackouts.
3) M-50FR (ex-Neon) self-proclaim IDK Sig Mark V. Pernah tiga kali beraksi di atas pentas (Gig Terjun Part III Jepak 2017, Sarawak Rock'n Mob 2018, Bintulu Bike Week 2018). Hampir-hampir memiliki nilai nostalgik, tetapi dilepaskan jua kepada seorang rakan yang amat memerlukan superstrat 24-fret pada penghujung 2019.
4) M-103FM (ex-Mirage), LTD pertama dan paling lama dimiliki sejak 2011. Berkali-kali mengalami proses modifikasi hinggalah ia bertukar tangan kepada Azrol tahun 2019. Kini juga menjadi antara gitar utamanya yang sering dibawanya untuk gig bersama Larrong.
5) F-54 (ex-Silver Wings) satu-satunya bass LTD yang pernah dimiliki, ia diperolehi ketika aku memerlukan bass awal 2013. Tak sampai setahun dalam axology tapi pernah dibawa gig sekali semasa YOLO 2013, dilepaskan kepada seorang rakan di kampung.
6) EC-256 (ex-Dark Moon) model Eclipse pertama dimiliki sekitar awal 2015. Ia tidak bertahan lama, hanya 4-5 bulan dalam axology kemudian dilepaskan kepada si Korawk.
Gitar-gitar LTD ini ada feel dan mojo tersendiri, lain origin lain feel - Korea, Indonesia, Vietnam, China - jenis hit and miss, kadang-kadang bernasib baik dapat yang "sedap" digunakan walaupun hanyalah model bawahan/murahan. Dalam keenam-enam model yang pernah dimiliki ini, aku rasa EC-1000VB dan M-50FR antara yang "sedap" digunakan. Nasib baiklah kedua-duanya belum ada nilai nostalgik, jadi taklah rasa menyesal dilepaskan.
_____
AADI: *Hampir-hampir menarik picu untuk BK-600.












0 comments
Post a Comment