Dihubungi oleh drummer COG yang juga merupakan
co-founder dan 2nd drummer MUP - Rashid Malim, yang ingin menghantar gitar milik Donny (gitaris COG) ini untuk diservis elektroniknya.
Warnell, rasanya ini kali pertama aku mendengar jenama ini. Mungkin ia jenama setaraf Clevan kot? Katanya ini merupakan gitar belasahan, manakala Cort
VX-2V pula merupakan gitar pentas.
Walaupun jenamanya tak berapa terkenal, tapi seni pertukangan kayunya agak bagus setaraf LTD 100-series, Cort atau Ibanez Gio (Indonesian made?). Aku berani kata kualiti buatannya lebih bagus berbanding gitar replika yang pernah masuk servis
sebelum ini.
Feel pun seolah-olah seperti sebuah gitar LTD disebabkan bentuk neck, radius fretboard (mungkin 350 mm @ ~13.8" seperti LTD) dan headstock yang seakan-akan sama. Dot inlays pada fretboard yang digunakan pula adalah abalone, fuh lagi hebat daripada
Neon aku yang hanya memiliki dot inlays plastik putih.
Pikap HSS asal adalah jenis "cukup syarat" kosmetik tutup habis seolah-olah pikap aktif (ala EMG). Tombol tone agak keras tapi masih boleh dipulas, begitu juga dengan suis 5-arah. Tapi tombol volume memang sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Menjenguk isi perut, pematerian asal agak kemas cuma wayar berserabut. Kesemua komponen dalaman memiliki hablur seakan-akan garam. Ya, ini merupakan reaksi kimia yang biasa terjadi bila komponen logam terkena peluh atau cecair bergaram lain.
Servis yang diperlukan ialah overhaul elektronik termasuk pikap pada kos yang rendah, selain proses-proses pembersihan dan intonasi.
Agak terkejut bila melihat routing ruang kaviti pikap dan elektronik yang bersih, ia lebih bersih berbanding routing beberapa jenama besar (contohnya
gitar ini). Sayangnya, fret sudah haus hampir 20% - aku tak pandai buat re-fretting - tak ada peralatan dan kemahiran lagi.
Dipasangkan dengan set pikap terpakai ESP LS-120/LH-150 (G&B Pickups) yang merupakan pikap asal
Mirage. Daripada tidak digunakan, ada baiknya ia berkhidmat untuk gitar lain, dan secara tidak langsung dapat menjanakan modal tambahan.
Isi perut pula dipasangkan dengan komponen yang diperolehi menerusi
Lazada - pot 500k untuk volume dan tone, kapasitor "Chiclets", suis 5-arah dan output jack. Seperti sudah menjadi kebiasaan, wayar-wayar diikat supaya nampak kemas (
Yustech GT fanboy detected).
Akhir sekali, dipasang dengan tali gitar bersaiz 10-46, tuan punya memilih Ernie Ball
Regular Slinky berbanding D'Addario EXL. Serius, selepas buat setup dan intonasi, ia hampir-hampir sama seperti sebuah gitar LTD dari segi feel, tona dan respon.
Melakukan servis gitar sebegini selain menambah pengalaman dan milestone (sebagai guitar tech tidak rasmi
MUUV), ia juga sebahagian daripada terapi dan kepuasan diri.
_____
AADI: Perlu melabur untuk besi pemateri berkualiti lepas ini - Hakko terus?