DiMarzioed Nuing's RG331M


Sekali lagi gitar ini Ibanez RG331M datang untuk diservis, bukan ada apa-apa yang rosak sebenarnya tapi ingin menukar pikap.


Pada mulanya tuan punya tertarik pada Seymour Duncan Invader yang aku iklankan tahun lepas, tapi teracun pula dengan tawaran set classic rock DiMarzio - PAF 36th Anniversary (DP103) + Super Distortion (DP100) yang sebelum ini pernah bermastautin dalam beberapa gitar aku (Goldie, Korina, ex-Johnny).

Walaupun ini merupakan antara set pikap kegemaran, tetapi ia dikorbankan dilepaskan untuk memberi laluan kepada model lain (GLTL sebenarnya).


Ini antara pematerian aku yang agak teruk, besi pateri aku bermasalah (panas tak optimum) ketika projek ini dijalankan sedikit sebanyak melambatkan pemasangan dan mengganggu mood. Segala pematerian agak sememeh. Tapi tak mengapa (parap-parap), asalkan berjaya, itu sudah cukup. Dan aku memberi jaminan kalau ada masalah, boleh bawa semula untuk pembetulan.


Modifikasi lain, menggantikan suis 5-arah kepada 3-arah dengan opsyen split (outer coils) untuk kedua-dua pikap pada posisi tengah suis, sama seperti yang ada pada Neon.

Pra-projek.
Habuk, sawang labah-labah pada tuning peg, residu manusia pada fretboard dan badan merupakan pemandangan biasa setiap kali gitar ini dihantar. Penampilannya juga jauh berbeza berbanding ketika ia mula-mula aku perolehi dalam entri ini beberapa tahun lepas.

Aku agak pantang tengok gitar "kotor", kerja cuci-mencuci biasanya aku belanja. Dengar khabar, tuan punya amat berpuas hati dengan karekteristik Super Distortion.

_____
AADI: Selamat tinggal DP100/DP103, setelah berjasa beberapa tahun.

Wordless Wednesday: Inverno Fishing (Part 6)




_____
AADI: It's My life.

Sarawak Rock & Mob: Bintulu Chapter Rehearsal (Part 2)


Sabtu (03/03/2018) - Sessi rehearsal rasmi yang entah ke berapa? Tiga? Empat? Bertempat di Paragon Bintulu seperti sessi bulan lepas. Oh ya, ada kelibat Korawk dan Nuing pada hari tersebut, tapi hanya sebagai penonton.


Kali ini aku menggalas gitar seperti sessi minggu lepas di Warung Deli, dengan membawa Korina kiranya menyahut cadangan Berteromber iaitu membawa gitar cabang-cabang. Walaupun sebenarnya bentuk Explorer taklah bercabang sangat.


Seperti biasa, setup aku antara yang paling ringkas, Boss GT-1 dirasmikan kali ini dan digunakan bersama-sama Laney IRT-X. Juga membawa Neon sebagai backup yang ditinggalkan dalam kereta.

Ada perubahan setlist berbanding sessi sebelumnya, lagu Derap Komando digantikan dengan Pawana (duh~ Search juga). Mungkin ramai yang mempertikaikan, tapi apa boleh buat, ikut sahaja selera penganjur.


Sessi kali ini agak teratur, kerana kawasan dibahagi-bahagikan mengikut spesies. Spesies tukang goreng (gitaris utama) di hadapan sekali, spesies cukup syarat (macam aku) di belakang, bassist dibahagikan di sebelah kiri dan kanan, manakala tukang terais (teriak) di tengah-tengah ribut.


Cuma agak kesian kepada spesies tukang pukul (drummer) yang diatur di bahagian luar, semakin petang semakin panas kerana arah matahari terbenam di belakang mereka. Ramai juga yang "melarikan diri" masuk ke dalam mencari kedudukan yang selesa.


Hanya ada dua orang spesies tekan-tekan (keyboardist) untuk sessi kali ini. Keyboard warrior (get it?) tersohor Bintulu Din Glamour bergaya dengan Korg Keytar berwarna pink merah menyerlah. Seorang lagi aku tak kenal.


Waktu rehat sempat menjenguk gigrig gitaris lain. Kadang-kadang "kesian" tengok mereka berangkut amp besar dan pedal berketul-ketul atas pedalboard untuk sessi ini. Tapi aku faham, ini semua passion masing-masing.


Kali ini juga ada marshall yang bertugas, Bro Mansur (baju putih) memantau kekuatan amp spesies cukup syarat supaya tidak melebihi tahap bunyi spesies tukang goreng di hadapan.

Cuma agak sedih, kerana masih ada yang berperangai batu bintang sama seperti sessi sebelumnya, masih tidak (mahu) mendengar arahan MC dan marshall bertugas.

LED GT-1 memang terang walaupun siang.
Ada peningkatan untuk sessi kali ini, antaranya:
  1. Tidak lagi dimonopoli oleh lelaki, juga disertai oleh wanita walaupun hanya vokalis sahaja.
  2. Posisi yang lebih tersusun, tapi agak kucar-kacir pada sebelah petang sebab panas.
  3. Penyertaan dari luar Bintulu makin bertambah.
  4. Ada MC dan marshall bertugas.
Menggayakan t-shirt Autism Awareness.
Pemandangan dari meja PA system yang dizoom oleh Bob Kandar yang bertugas teknikal, tak jadi tukang pukul untuk sessi kali ini kerana masih demam.

Seperti biasa, untuk acara sebegini akan ada liputan dari Facebook Bintulu Info, berikut disertakan beberapa video "live".









Post-mortem peribadi:
  1. Sessi seterusnya aku perlu bawa perlindungan telinga (ear plug/muff), semakin petang, semakin bingit bunyi amp spesies tukang goreng di hadapan.
  2. Juga perlu membawa stand gitar.
  3. Hanya dua gitar bentuk ekstrim pada sessi ini, Korina aku dan Jackson Warrior Pak Yep (Jordan Rudess look-a-like). Walaupun menarik perhatian, tapi membawanya agak mencabar dari segi logistik dan bunyi - pikap klasik alnico Epiphone kurang menyerlah. Sessi seterusnya mungkin akan cuba Goldie pula.
  4. Kurang menarik kerana tiada geng-geng keras untuk enjoy sama-sama.

Dengar khabar, akan ada lagi sekali sessi rehearsal sebegini pada 24/03/2018 sebelum D-day pada minggu berikutnya 31/03/2018. Rehearsal kecil-kecilan mungkin akan ada juga, tunggu panggilan sahaja kelak.
_____
AADI: Ok juga kan bawa Explorer?

Let-Go: Vypyr Pod


Tak disangka ketika dibawa semasa sessi rehearsal ketiga Rock & Mob minggu lepas, ramai yang melirik mata dengan amp Peavey Vypyr 30 aku ini, begitu juga dengan suis kakinya Sanpera I yang funky. Bunyi yang cukup kuat walaupun hanya berkuasa 30 Watt juga antara faktor tarikan.


Dalam 2-3 orang yang berminat, seorang serius dan menghubungi aku beberapa hari kemudian untuk membelinya. Pernah beberapa kali aku mengiklankannya, dan beberapa kali itu juga ditaburi janji-janji palsu daripada bakal pembeli (yang tidak berpotensi) sebelum ini. Setelah gagal beberapa kali, akhirnya Vypyr 30 ini (bersama-sama Sanpera I) berjaya menemui tuan baru.

Pada hari yang sama juga, dalam Facebook Jamtank ada user yang ingin membeli apa-apa model Line 6 Pod HD yang rosak pada harga yang berpatutan. Mungkin ingin mendapatkan spare parts kot?


Jadi aku menawarkan Pod HD300 yang sudah kaput bulan lepas. Setelah memperjelaskan masalah pada Pod HD300 aku, user tadi bersetuju untuk membelinya dengan angka lebih kurang 1/3 daripada harga ketika aku membelinya hampir enam tahun lepas.

Oklah masih ada nilai walaupun rosak, daripada ia mereput begitu sahaja dalam simpanan. Akupun tak larat untuk mencari premis membaikinya di Bintulu ni. Jika ia dapat dibaiki, baguslah sebab masih boleh berjasa, dan beruntunglah sebab dapat unit yang masih nampak baru.

_____
AADI: GLTL lah...

Dah Sembilan Tahun...


Masuk bulan Mac ini genap sembilan tahun aku terjerumus dalam hobi bergitar. Secara harfiahnya, hobi ini antara penyumbang utama entri-entri AADI. Dan secara tak langsung AADI juga menjadi jurnal untuk merujuk kembali milestones yang telah dicapai. Tahun ini rasanya nak buat entri yang agak "bragging rights" berbanding tahun-tahun lepas...

Terlajak lapan? Satu berjaya dilepaskan baru-baru ini.
1) Axology - Berbelas-belas gitar dan berpuluh-puluh pedal keluar masuk axology, kos yang telah dibelanjakan tak perlu ceritalah. Setelah beberapa jenama, jenis dan bentuk dicuba, aku berpendapat gitar jenis superstrat moden merupakan bentuk yang sesuai untuk aku. Faktor utamanya ialah ergonomik, ringan, versatile dan mudah untuk dimainkan.


Walaupun boleh dikategorikan sebagai pedal geek, tapi untuk jamming dan gig, aku jenis minimalist, hanya guna 2-4 ketul stompbox atau multi-fx sahaja. Sebab itu mendapatkan Boss GT-1 untuk menggantikan multi-fx flagship aku Line 6 Pod HD300 yang dah kaput beberapa bulan lepas.


Modifikasi, setup, servis gitar sendiri, aku rasa aku cemerlang dalam bab ini. Hampir kesemua gitar-gitar aku memiliki modifikasi tertentu terutamanya pikap. Ia juga sebahagian daripada kepuasan diri, dan kerana aku boleh (because I can). Selain gitar sendiri, ada juga rakan-rakan menghantar gitar mereka untuk diservis atau modifikasi.

2) Sosial - Tidak disangka hobi ini yang pada mulanya hanyalah bedroom oriented untuk mengisi masa lapang, kini menjadi hobi utama yang agak serius (dulu hobi utama PC gaming). Melalui hobi ini juga aku lebih bersosial berbanding kaedah lain, aku ni jenis introvert agak susah nak bersosial sebenarnya.


Bermula dengan mengenali Adi Herman (entri khas) aku mengenali Korawk, geng Bintulu Buskers, Bintulu Independent Music Movement, Metuk Ulau Projekt Classic, Curse Of God, Ana & The Scene, Erectus, Majestica dan ramai lagi rakan-rakan scene underground Bintulu. Melalui Bob Kandar pula, aku kenal geng-geng otai Bintulu Rockers Re-Union dan Pemuzika.

Tak lupa sosial secara online, melalui hobi ini aku kenal Bro Sub, Yustech GT, Calvin (Dead Eye Guitars), Clement (Gapnap), Miss Ng (Pusat Muzik Reco), Engbok (yNot Studio), Fazlie (Kakis Store), Asno (Gitar Kopak), Nonuz dan berkenalan dengan beberapa lagi kaki gitar melalui Facebook Jamtank.

3) Kemahiran - Tak banyak atau tiada perkembangan langsung setahun dua ini, seperti biasa hanya tahu open chords, power chords, pentatonic scales dan variasinya (blues, Hirajoshi). Apa yang aku pelajari biasanya jenis muscle memory dan bukannya berasaskan teori, kalau aku tak hafal, habislah kantoi.

Lagipun dengan gaya hidup aku sekarang, agak susah untuk curi-curi masa berlatih kemahiran baru. Paling-paling pun dapat pegang gitar untuk beberapa minit selepas balik kerja, strum (unplugged) lepas gian (bukan gain), sebelum dipanggil oleh Mrs. Ijau atau anak-anak untuk urusan kekeluargaan.


LTD vs. Ibanez.

Tapi dari segi sasaran peribadi, rasanya aku sudahpun mencapai sasaran seperti yang pernah ditetapkan dalam entri sembilan tahun lepas (abaikan gaya penulisan ketika itu):
"dari dulu dgr lagu2 metal/rock skali-skala terasa gak nak main gitar lyn lagu rock sambil hangguk2 kepala..."
Sekarang dah boleh main beberapa lagu Iron Maiden kegemaran The Trooper, Wasted Years, 2 Minutes To Midnight, Fear Of The Dark, dll. Sambil solo bergilir-gilir dengan Azrol.

4) Kugiran dan kolaborasi - Aku agak kurang selesa untuk berkolaborasi dengan ahli muzik lain, kerana biasanya mereka beranggapan tahap kemahiran aku setanding dengan mereka, sedangkan sebaliknya. Contohnya, pernah jamming sekali-dua bersama Manggas, walaupun sekampung dan ada pertalian keluarga, tapi seperti tiada keserasian (chemistry) atau kegembiraan berbanding bersama-sama rakan MUP.

Bloggers Bintulu.
Percubaan menyertai Sarawak Rock & Mob yang bakal diadakan penghujung bulan ini mungkin highlights kegitaran aku untuk tahun ini. Selepas itu bercadang untuk rehat (hiatus) beberapa bulan untuk memberi laluan paternity mood jangkaan bulan Ogos nanti, insya-Allah.

_____
AADI: Rock on! \m/

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (65) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (186) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (157) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (80) botb (21) bourns (5) boxing (76) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (67) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (85) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (58) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (64) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (28) dean markley (5) decathlon (11) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (54) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (8) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (80) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (285) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (22) family (77) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (56) floor jansen (11) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (64) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (42) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (63) imago (65) in flames (8) instagram (61) insulter (5) inverno (31) iron cross (9) iron maiden (184) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (297) j5 (15) jackson (79) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (40) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (121) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (312) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (31) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (29) marigold (3) marshall (22) martial arts (31) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (490) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (24) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (118) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (20) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (72) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (50) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (59) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (59) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (79) solar (1) sonata arctica (3) sony (37) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (197) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (30) sundrop (7) sungai (12) super album (108) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (36) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (39) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (52) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (24) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (16) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (494) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger