Aha! Entri pasal Muruku Popo lagi! Kali ni bukan aku beli, tapi aku dapat lepas bahagi-bahagikan hamper hadiah Karnival Sukan, memang aku dah target Muruku Popo ni dulu berbanding makanan lain.
Ini merupakan perisa original tapi dalam bentuk pukal yang berisi 40 paket kecil (15 gram), seperti yang tergantung di kedai-kedai runcit atau restoran mamak yang selalu kita beli waktu kecil dulu, ingat tak?
Nah ini dia paket kecil 15 gram yang suatu ketika dahulu harganya hanyalah 10-20 sen sahaja. Nampaknya kegilaan entri Muruku Popo ni sedikit sebanyak dah menular di kalangan geng-geng bloggers terutamanya Muspeed. Yustech pun pernah ada cameo appearance Muruku Popo ni dalam entrinya (aku lupa entri yang mana satu, nanti kalau dah jumpa aku letak link).
Dengan ini, apa-apa entri yang berkaitan dengan Muruku Popo aku labelkan sebagai Popomania!
_____
Ada apa: Petang ni flight BTU-BKI, cuti-cuti Malaysia...
1 comment
lol! hahahah
Post a Comment