Baru saja selesai menghabiskan game Prince Of Persia: The Forgotten Sands (POPTFS) malam tadi setelah mula bermain sejak Selasa/Rabu lepas. POPTFS kononnya merupakan interquel antara Prince Of Persia: Sands Of Time (POPSOT) dan Prince Of Persia: Warrior Within (POPWW).
Imej link dari Prince Of Persia Wikia.
Sedikit sebanyak aku agak kecewa dengan POPTFS ni, seperti langsung tiada kaitan antara POPSOT dan POPWW walaupun dikatakan interquel. Kurang boss fight, acrobatic puzzle yang agak kurang mencabar dan masa bermain (playing time) pun agak pendek berbanding tiga siri POP yang terdahulu; Sands Of Time, Warrior Within dan The Two Thrones (POPT2T).
Jika dibandingkan dengan siri-siri POP yang lain, aku lagi suka POPWW, disebabkan fight scene yang kompleks, banyak kombo dan senjata, banyak menggunakan kuasa masa (recall, eye of the storm, ravages of time, etc), Shahdee dan Kaileena yang howt~, bab dikejar Dahaka dan yang paling best muzik latar Heavy Metal (tidak ada pada POP lain) terutama lagu tema I Stand Alone dan Straight Out Of Line dari Godsmack.
Nak main game apa pula lepas ni?
_____
Ada apa: Credits to Gamer Sayur.
3 komen:
Bro ijau da try COD MW4?
Blh comment sikit? :D
cod mw4 x wujud lg, thun lepas bru release cod mw3, li kalo mo cod mw3 nnt aku beri
Opps.. MW3. silap..
da try da bro?
Post a Comment