Atau lebih dikenali sebagai Sasaran Kegitaran Tahunan 2012.
1) Metuk Ulau Projekt - Semakin menjadi-jadi. Untuk 2012 ni semua dah bersetuju untuk mengadakan sessi jamming sekurang-kurangnya sebulan sekali, yang pasti setiap sessi tak cukup kalau hanya sejam, betul tak Adi, Korawk?
Imej blog Molotov Cocktailz.
Tak lupa dengan projek gila si Korawk iaitu sessi jamming marathon lapan jam yang tak sempat diadakan pada 2011, maka dibawa ke 2012.
2) Effects pedal - Untuk 2012 ni aku tak nak beli belum target apa-apa pedal lagi. Cuma semenjak dah masuk kem stompbox, secara automatik aku dah terGAS untuk memiliki pedalcase atau pedalboard (contohnya Stagg UPC-500 atau Pedaltrain Nano).
Imej Pro Stage Gear.
Tapi kalau aku rajin, mungkin aku akan buat pedalboard DIY saja memandangkan aku dah ada bahan-bahan asas.
3) Gitar - Ntah yang ni tak tau lagi boleh dapat ke atau tak. Tapi kalau dapat mungkin nak tambah sebuah singlecut lagi, Hehehe...
Imej Pekuja's Daily Sketch.
Oh ya sebelum terlupa, kepada rakan-rakan penjawat awam, selamat bertungkus-lumus sepanjang hari mengisi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dalam HRMIS (yang selalu buat hal).
_____
Ada apa: Entri kegitaran pertama 2012.
5 komen:
makin advance org atu.. aku dari dulu hingga kini tiada pertambah... maintain jak huhuhuhuhuhuhu
ko sepatutnya berasa BANGGA jai, sbb ko antara org yg membuatkan aku terjerumus dlm kancah kegitaran ni
Arghhh SKT aku di opis atu belum lagi siap2....stress ni!
mmg aku bangga.... pasal racun ku atu kuat banar sampai ndak payah ku meracun sekarang ni ko pandai udah meracun diri sendiri hahahahaha
p/s: aku kira tahun ni mau tukar gitar jugak la.... tunggu ada calon yang sesuai
tukar atau tambah?
Post a Comment