Aku terjumpa Muruku Popo perisa manis dan pedas (sweet and spicy) ni di pasaraya M, tempat aku selalu membeli Muruku Popo perisa original. Sebelum ni aku tak perasan adanya perisa ni dijual di pasaraya yang sama, mungkin mata aku dikaburi dengan bungkusannya yang berwarna-warni dan nampak seperti bungkusan keropok lain.
Trademark budak tu mesti ada.
Rasanya? Masih sama macam Muruku Popo perisa original, cuma terasa manis dan tak pedas langsung! Ia juga agak keras berbanding perisa original, mungkin ia diproses dengan merendam Muruku Popo original dalam cecair manis pedas, kemudian dikeringkan kot?
Seperti bungkusan perisa original, bungkusan perisa manis dan pedas ni juga kembung dan isinya taklah sebanyak mana pun, hahaha...
_____
Ada apa: Otak!~
4 komen:
Popo yang betul2 banyak cuma party pack yang lutsinar tu (vakuum packaging)
I havent notice this packing yet at the shops.
haha makan rasmi Sivaji The Boss
ape pelbagi perisa pulak..akan saya cari..haha
Post a Comment