Satu daripada majalah yang agak rajin aku beli suatu ketika dahulu, tapi bukan pada kekerapan sebulan sekali macam PC Gamer Malaysia dan CHIP Malaysia, tapi beli bila rasa-rasa nak upgrade PC atau nak survey kelengkapan ICT lain - Hardware Magazine Malaysia aka HWM Malaysia, majalah rasmi Plaza Low Yat.
Tertarik dengan entri aku sendiri pasal display card beberapa hari lepas, aku cuba mendapatkan majalah ni di Popular Parkcity Mall Bintulu untuk mengetahui perkembangan teknologi gaming hardware terkini terutamanya display card dan motherboard.
Disebabkan keluaran Januari 2012 belum ada lagi (di Bintulu), jadi aku beli keluaran Disember 2011 dengan pakej merah (file/folder) yang agak menarik sempena sambutan Krismas - majalah HWM, Christmas gift guide dan katalog printer Canon.
Hah! Memang ketara aku dah jauh ketinggalan dari segi gaming hardware info... Kali terakhir aku follow-up setahu aku teknologi SLI/CrossFire cuma boleh support dua display card, sekarang ni dah boleh support sampai empat! Damn!~ Motherboard Gigabyte Z68X-UD7-B3 tu pun dah nampak macam dah guna teknologi Protoss.
Satu kelebihan majalah HWM ni berbanding majalah ICT Malaysia yang lain (CHIP, Max It), ia biasanya 2-3 kali lebih tebal (ikut musim) pada harga RM14 senaskah (harga Bintulu). Btw, aku langsung tak suka membaca majalah ICT yang berbahasa Melayu, jika anda juga seorang geek, pastinya anda akan tahu kenapa...
_____
Ada apa: Bahan bacaan berwarna-warni dan tebal macam ni memang sesuai dibaca ketika berada di dalam tandas.
0 comments
Post a Comment