Dunkin' Donuts, antara perusahaan francais (restoran/kiosk) yang tidak terdapat di Bintulu atau mungkin di seluruh Sarawak secara amnya (sila betulkan jika salah). Kebiasaannya aku hanya berpeluang membelinya ketika berada di LCCT atau KKIA.
Mengintai Dunkin' Donuts dalam entri ni.
Dan kebetulan semalam ibu bapa aku datang ke Bintulu dua minggu awal daripada perancangan (tak sabar nak menimang cucu), jadi aku memesan supaya mereka membelikan sekotak (5+1) di KKIA.
Kalau diikutkan rasa Dunkin' Donuts ni biasa saja, taklah sedap sampai tahap "out-of-this-world" lebih kurang macam rasa donut yang terdapat di kedai-kedai kek.
Cuma mungkin disebabkan peluang untuk menikmatinya agak jarang, jadi nikmat bermusim (seasonal taste) tu yang membuatkannya "sedap", sama seperti makan *McDonald's, A&W, nasik kandaq, durian, dodol, ketupat, rendang dan lain-lain makanan bermusim.
_____
Ada apa: *Bintulu tak ada McDonald's, jangan hairan...
1 comment
kalau JB ramai org suka J.Co...zaman2 dorang baru bukak memang beratur panjang nak beli...sekarang clear dah...
aku lebih suka donut yg mak aku buat.. :P
Post a Comment