Baru sebentar tadi menerima bungkusan poslaju yang sepatutnya dah sampai Sabtu lepas, tapi disebabkan aku guna alamat pejabat (Sabtu tak kerja) jadi baru hari ni poslaju menghantarnya.
Diterima daripada Hashtag Music (managed by fellow LYN user, soad_vs_incubus) yang pastinya berisi pikap gitar dari jenama Tesla, kali ni aku memesan Plasma-X1 set. Bagi anda yang ingin mendapatkan pikap-pikap jenama Tesla, senarai harga dan stok boleh dirujuk dalam thread LYN street mart ni.
Aku memang minat Plasma series yang secara amnya dicipta untuk distortion (rock, metal) tapi masih lagi sesuai dan lembut untuk main clean. Sebelum ni aku pernah menggunakan Plasma-2 gold set pada Goldie aku (kemudiannya lari ke gitar hibrid si Korawk), aku juga ada menyimpan stok Plasma-7 bridge (white) sama ada untuk kegunaan sendiri atau kalau-kalau ada rakan yang nak "pimp" gitar mereka. Tak lupa juga Plasma-1 neck (single coil) pada Mirage aku.
Zebra set, sedikit kelainan untuk penampilan.
Plasma series memang terkenal dengan output yang tinggi, tapi dari apa yang tercatat dalam website Tesla, Plasma-X1 ni mempunyai output yang medium sama seperti VR-Nitro tapi pada rintangan yang sedikit tinggi untuk pikap bridge (14.6kΩ berbanding 8.5kΩ pada VR-Nitro).
Aku memilih Plasma-X1 berbanding model lain disebabkan ia merupakan model baru dan agak murah berbanding model lain (antara sebab aku tak jadi ambil VR-Nitro set). Kedua, aku ingin mencuba pikap Tesla yang mempunyai output yang medium dan masih sesuai dalam lingkungan muzik rock dan metal. Fyi, Plasma-X1 ni bersaiz biasa (50 mm pole edge-to-edge) sesuai untuk gitar-gitar yang mempunyai TOM bridge.
Sedikit ulasan mengenai Plasma-X1 ni dari Mike of SV Guitars.
_____
Ada apa: Stok pikap dulu...
0 comments
Post a Comment